Mereka boleh menentukan hala tuju serta corak perjalanan politik di Sabah dengan mudah kerana saiz komunitinya," kata Datu Mohd Akjan Datu Ali Muhammad
KOTA KINABALU: Seorang pemimpin kaum Suluk Datu Mohamad Akjan Datu Ali Muhammad yang pernah mengaku sebagai Sultan Sulu ke-33 pada 2011 mendakwa bahawa komuniti etnik tersebut mampu menjadi kelompok penentu yang bakal menentukan siapa yang akan membentuk kerajaan di negeri ini sekiranya mereka mahu.
Datu Mohd Akjan Datu Ali Muhammad ditabalkan sebagai Sultan Sulu dengan Gelaran Paduka Mahasari Maulana Al-Sultan Sharif ul-Hashim II, Dr Sharif Mohammad Akjan Mu’izzuddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Sharif Ali Muhammad Pulalun, or Sultan Shariful-Hashim II
"Mereka boleh menentukan hala tuju serta corak perjalanan politik di Sabah dengan mudah kerana saiz komunitinya," kata Datu Mohd Akjan Datu Ali Muhammad, Penasihat Kebangsaan untuk Persatuan Suluk Sabah Peranakan Bersatu.
Beliau mengingatkan Barisan Nasional agar jangan memandang ringan pada masyarakat Suluk, walaupun mereka pada dasarnya memang selama ini mereka menyokong penuh parti itu.
Tambah beliau lagi, komuniti Suluk menyumbang lebih daripada 1.5 juta pengundi di negeri ini. Bilangan itu diperoleh daripada banci yang dijalankan oleh Majlis Keselamatan Negara. Ini termasuklah mereka yang berdarah campuran seperti Bajau-Suluk, Cina-Suluk, Kadazan-Suluk dan banyak lagi.
"Dari Pitas ke Beluran ke Sugut dan juga Kota Marudu, majoriti rakyatnya berdarah campuran Suluk," kata Akjan lagi. "Kebanyakan daripada mereka ini biasanya cenderung menyembunyikan identiti etnik mereka itu kerana stigma yang melekat pada nama tersebut."
Secara tradisinya, orang Suluk setia kepada pemimpin pilihan mereka dan tidak akan mengubahnya, menurut Akjan. Kecuali pada ketika mereka memutuskan untuk memberi sokongan kepada almarhum Tun Datu Mustapha Datu Harun, seorang Bajau-Suluk, beberapa dekad yang lalu. Hanya sekali itu masyarakat kaum ini bertindak di luar kebiasaan mereka.
"Selama ini, kita setia pada Barisan Nasional, dan masyarakat Suluk menjadi tonggak kekuatan UMNO-BN Sabah," sambungnya.
"Menurut rekod, kini UMNO Sabah mempunyai lebih daripada 500,000 orang ahli. Saya berani kata daripada jumlah tersebut, sekurang-kurangnya 350,000 adalah terdiri dari kalangan komuniti Suluk (termasuk Suluk Campuran)."
Walau bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa perkara ini berkemungkinan besar boleh berubah kerana ramai di kalangan mereka ini merasa seolah-olah tidak diendahkan oleh kerajaan. Mereka agak kecewa kerana UMNO tidak pun melakukan sesuatu terutamanya dalam hal untuk memperbaiki persepsi umum terhadap kaum itu.
Imej serta reputasi masyarakat Suluk telah terjejas teruk berikutan tragedi pencerobohan Lahad Datu oleh Pasukan Tentera Kesultanan Sulu pada tahun 2013 yang lalu.
Ramai yang beranggapan seolah-olah masyarakat Suluk di negeri ini terlibat dalam pencerobohan tersebut. Menurut Akjan juga, sejak peristiwa itu, masyarakat Suluk negeri ini telah mengalami pelbagai kesukaran serta berdepan pelbagai bentuk diskriminasi. Tambah teruk lagi, apabila ramai di kalangan pendatang tanpa izin dari Filipina yang suka memperkenalkan diri mereka sebagai orang Suluk.
"Saya rasa sudah tiba masanya bagi masyarakat Suluk untuk membuat keputusan dan menentukan masa depan mereka sendiri dengan memilih siapa saja yang mereka rasakan sesuai untuk memimpin mereka," sambung Akjan lagi.
Beliau turut memperkatakan yang baik-baik mengenai Presiden Parti Warisan Sabah, Shafie Apdal, serta menyatakan bahawa beliau (Shafie) boleh dilihat sebagai Tun Mustapha Era Baru berdasarkan karisma yang beliau miliki.
"Shafie tidak pernah malu untuk mengaku sebagai keturunan Suluk. Tentu sekali kerana beliau adalah seorang Suluk-Bajau.
"Para pemimpin Suluk yang lain begitu sukar mengatakannya kecuali di musim pilihan raya. Hari-hari lain, mereka akan mengatakan mereka daripada kaum yang berbeza."
Beliau berkata pengaruh Shafie dan kedudukannya sebagai pemimpin parti pembangkang menjadikan politik Sabah sukar untuk diramal. Satu-satunya perkara yang boleh diramal, katanya, adalah keputusan pilihan raya akan datang yang pastinya akan diputuskan oleh suara masyarakat Suluk.
"Selama ini, rakyat tidak mempunyai pilihan yang lain, tidak ada tempat lain untuk pergi. Mereka hanya menyokong UMNO, tetapi apa yang telah dilakukan oleh UMNO untuk mereka? Adakah parti itu memenuhi aspirasi mereka? "
Rakyat Sabah pasti tidak dapat melupakan peristiwa hitam tanggal 1 dan 2 Mac 2013 itu yang menyaksikan kedaulatan negara dicabar dan lapan wira tanah air gugur mempertahankannya.
Pada tarikh itu bumi Lahad Datu dan Semporna, Sabah, bermandi darah apabila senjata api kumpulan penceroboh dari selatan Filipina memuntahkan peluru menembusi tubuh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika mereka memburu pengganas yang mendakwa daripada kesultanan Sulu.
Kumpulan itu dikenal pasti pengikut Jamalul Kiram III yang mendakwa dia waris sah kesultanan Sulu, menceroboh dan mendarat di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 12 Februari bagi merampas kembali wilayah mereka di pantai timur Sabah tersebut. Pastinya persepsi ini akan memburukkan lagi sentimen dan tempiasnya kepada Parti Warisan Sabah.
Netizen Sabah, para pengundi KDM, parti tempatan dan parti-parti KDM menyuarakan rasa bimbang mereka berhubung agenda Parti Warisan yang dibeli Shafie Apdal menjadi tempat agenda Tausug ini digerakkan secara sah.
Paling keras ialah dakwaan Pemangku Ketua Pemuda PCS Shalmon Sanangan bahawa Warisan mendapat sokongan “warganegara segera” dari Filipina dan Indonesia yang diberi kad pengenalan Malaysia dalam tempoh 30 tahun yang lalu dan kini mengatasi jumlah penduduk pribumi. Shalmon berkata “Sabahan sejati” perlu risau terutama selepas Warisan bertegas mahukan kuasa mutlak dalam menentukan dasar-dasar negeri.
Tugas Shafie Apdal yang ialah mengimbangi persepsi parti Warisan majoriti dari kaum Bajau Suluk dengan membeli pemimpin muda parti bermasalah seperti Darrel Leiking yang sentiasa tiada wang akhirnya ditawarkan RM 2 juta namun sudah dibayar RM200 ribu. Kerana wang Darrel Naib Presiden PKR Pusat mewakili Negeri Sabah pun melompat.
Junz Wong Adun DAP yang dikatakan punya skandal beberapa perempuan ‘clubbing’ serta punya hutang dengan Ah long yang akhirnya diberi RM300 ribu dan melompat dari DAP. Terence Siambun Adun Moyog yang semua tahu menerima notis muflis namun bayar oleh Shafie Apdal. Itulah tugas Peter Anthony bekas kontraktor Shafie yang dilantik Naib Presiden Warisan. Pemimpin muda ini semua mudah diatur oleh Shafie berbanding senior.