Taikun air Sandakan dan pemilik Hotel Avangio didakwa memainkan peranan utama dalam gerakan membeli ADUN Bebas dan parti lain untuk jadikan Shafie Ketua Menteri

Pelantikan kabinet baharu Sabah selepas penyertaan BN dalam gabungan kerajaan membuka satu lagi polemik politik negeri, namun apa yang berlaku beberapa jam sebelum angkat sumpah jauh lebih besar daripada yang diketahui umum. Di luar pengetahuan rakyat, terdapat satu operasi senyap yang bertujuan menggagalkan pembentukan kerajaan GRS yang sah — sebuah operasi yang melibatkan tawaran RM10 juta untuk membeli ADUN, seorang taikun konsesi air bermasalah, dan sebuah hotel yang menjadi markas perang Warisan.
Segalanya bermula apabila gambar 12 ADUN GRS dan bebas tular di media sosial, dipercayai berkumpul di sebuah hotel di Kota Kinabalu selepas angkat sumpah Kabinet Negeri Sabah yang baharu. Semuanya rasa tidak puas hati Adun GRS yang tidak dilantik sebagai Menteri. Walau bagaimanapun ADUN Klias, Datuk Isnin Aliasnih, menafikan wujud gerakan politik dan mendakwa mereka hanya “kopi-kopi”, Luahan rasa tidak puas hati sebagai perkara biasa. Ketika sebahagian ADUN meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial terhadap penyertaan BN dalam kerajaan baharu, sebahagian yang lain mengadakan perbincangan tertutup di hotel tersebut.

Kenyataan terbuka ADUN Pantai Dalit, Jasnih Daya — “Demi maruah saya, keluarga dan penyokong saya, NO BN” — serta mesej ADUN Tempasuk yang tular menunjukkan rasa gelisah itu nyata. Begitu juga Adun Kuamut Masiung Banah untuk sanggup mengosongkan kerusi dari rela bersama BN. Suasana ini mencetuskan ruang kepada satu cubaan rampasan kuasa politik yang dirancang rapi melibatkan pihak luar.
Di pihak Istana, sokongan terhadap Hajiji sudah pun mencukupi. Surat rasmi menegaskan kerajaan baharu terdiri daripada 29 ADUN GRS, disokong UPKO (3), KDM (1), STAR (2), PH (1) dan BN (6). Komposisi ini sudah memadai untuk membentuk kerajaan yang stabil berdasarkan peruntukan Perlembagaan Negeri dan Akta Lompat Parti. ADUN Bebas pula tidak boleh diutamakan kerana tidak terikat parti, dan kedudukan mereka dianggap paling rapuh.

Operasi RM10 Juta: Shafie & Victor S Paul, Taikun Air Sandakan Bergerak
Namun menurut sumber, pada malam itu Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal, turut menjalankan usaha besar untuk “mengumpulkan kerusi” dan mengambil alih majoriti sebelum Hajiji mengangkat sumpah. Warisan sudah mempunyai 25 kerusi, dan cubaan membeli beberapa ADUN parti lain serta lima ADUN Bebas sedang giat dijalankan. Tawaran yang dibuat bukan kecil — sebanyak RM10 juta untuk setiap ADUN Bebas.

TIMATCH Sdn. Bhd dan Avangio Sdn. Bhd
Di sinilah muncul watak utama dalam operasi ini: Datuk Seri Panglima Victor Subbrayan Paul, taikun konsesi air Sandakan dan pemilik Hotel Avangio menjadi pembayar utama. Siapa Datuk Seri Victor S Paul? Syarikat TIMATCH Sdn. Bhd. Victor merupakan pengarah syarikat yang membekalkan air terawat kepada kerajaan Sabah di Sandakan dan Tawau. Syarikat itu mencatatkan pendapatan RM82.3 juta pada 2024, dengan keuntungan selepas cukai RM6.86 juta dan retained earnings RM106 juta. Namun syarikat tersebut turut dikaitkan dengan isu pelaksanaan projek air yang bermasalah dan melakukan sabotaj di loji air Sandakan.



Motif Victor untuk membantu Shafie menjadi semakin jelas apabila konsesi air yang dikuasainya didakwa berisiko ditamatkan oleh Kerajaan GRS. Menurut sumber dalaman, Victor telah lama memainkan peranan sebagai “penaja utama” Warisan — bukan sekadar pada kempen PRN, tetapi juga operasi membeli ADUN. Justeru, mempertahankan Shafie sebagai kerajaan negeri adalah soal survival perniagaannya.
Selain itu, syarikat Avangio Sdn. Bhd menunjukkan Victor juga merupakan pengarah Hotel Avangio Kota Kinabalu yang selama ini menjadi lokasi perjumpaan tertutup dan “rumah parti” Warisan. Walaupun mempunyai aset bukan semasa bernilai RM34.5 juta, syarikat itu menanggung liabiliti semasa RM47.5 juta dan kerugian terkumpul RM11.8 juta — kedudukan kewangan yang menekan dan memerlukan Warisan kekal berkuasa untuk menjamin kelangsungan operasi.


Gabungan kepentingan politik dan kepentingan perniagaan inilah yang membentuk operasi membeli ADUN malam tersebut. Dengan tawaran jutaan ringgit, usaha itu hampir berjaya menarik beberapa ADUN yang tidak puas hati. Sasaran utama ialah ADUN Bebas kerana mereka tidak mengikat sumpah setia kepada mana-mana parti dan lebih mudah dipengaruhi. Menurut sumber, ada ADUN yang sudah dibawa ke hotel tertentu dan hampir menandatangani surat sokongan baharu.
Namun strategi itu akhirnya gagal apabila Hajiji dan GRS bertindak pantas. Mereka memilih untuk menubuhkan kerajaan bersama parti-parti sah terlebih dahulu tanpa menunggu ADUN Bebas. Ini memastikan kerajaan boleh dibentuk mengikut undang-undang sebelum mana-mana pihak sempat “membeli majoriti melalui pintu belakang”.
Segala peristiwa yang berlaku malam itu membuktikan bahawa politik Sabah masih belum bebas daripada taktik membeli kuasa. Ketika rakyat memikirkan masa depan negeri, terdapat pihak yang sanggup menawarkan RM10 juta bagi sekeping kerusi Dewan Undangan Negeri. Semua ini berlaku kerana kepentingan politik, kepentingan perniagaan dan ketakutan kehilangan kontrak bernilai ratusan juta.
Apa pun, rakyat Sabah berhak mengetahui perkara sebenar. Taktik membeli ADUN, operasi senyap di hotel, dan campur tangan taikun tidak boleh dibiarkan menjadi norma. Kerajaan mesti ditegakkan melalui mandat sah dan proses Perlembagaan, bukan melalui wang yang dihulurkan di meja hotel pada jam 2 atau 3 pagi.
SPRM digesa menyiasat dakwaan Datuk Seri Victor taikun konsesi air cuba membayar rasuah RM10 juta setiap seorang kepada Adun Bebas. Dari mana semua wang haram digunakan Warisan ini.
Pada masa akan datang Sabahkini2 akan dedahkan Datuk Seri Victor ini lari dari bayar cukai dan terlibat dalam pengubahan wang haram. Tunjukkan siapa pembiaya Shafie dan Warisan guna duit haram!

32 