Kabinet baharu Kerajaan Madani diumumkan
16:12 Dec 16, 2025  |  By SabahKini2
Kabinet baharu Kerajaan Madani diumumkan

Pelantikan itu merupakan langkah penstrukturan semula bagi memperkukuh kecekapan pentadbiran serta memastikan pelaksanaan dasar kerajaan berjalan lebih berkesan.

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan pelantikan anggota pentadbiran Kerajaan MADANI yang baharu di Bangunan Perdana Putra di sini.

Pelantikan itu merupakan langkah penstrukturan semula bagi memperkukuh kecekapan pentadbiran serta memastikan pelaksanaan dasar kerajaan berjalan lebih berkesan.

Beliau mengumumkan perkara itu di Putrajaya berikutan kekosongan dalam Kabinet dan keperluan untuk membuat sedikit penyesuaian.

"Ini supaya Kabinet dapat bekerja sebagai satu pasukan, menumpukan perhatian kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih segar dan menyelesaikan masalah rakyat.

"Saya hanya akan umumkan menteri-menteri yang ditukarkan portfolio dan pelantikan baharu sahaja. Yang kekal atau lama tidak akan saya umumkan," katanya di sini hari ini.

Rombakan Kabinet sulung Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar dilaksanakan pada Disember 2023.

Berikut antara senarai Menteri dan Timbalan Menteri baharu Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri;

Liew Chin Tong diumum Timbalan Menteri Kewangan baharu

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) yang baharu- PM Anwar

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan)

Datuk Mustapha Sakmud dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Urusan Sabah Sarawak)

Akmal Nasrullah Mohd Nasir dilantik menerajui Kementerian Ekonomi - PM Anwar

Datuk Seri Johari Abdul Ghani dilantik sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri

Dr Zulkifli Hasan dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dilantik sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi

Ramanan dilantik sebagai Menteri Sumber Manusia yang baharu

Marhamah Rosli dilantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Steven Sim dilantik Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi

Datuk Seri Arthur Joseph Kurup dilantik Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam

Mohamad Alamin dilantik Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi

 

LENGKAP

Comment