KUALA LUMPUR: Tiga negeri iaitu Sabah, Sarawak dan Perak masih dilanda banjir membabitkan seramai 1,569 mangsa yang masih ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS).
Berdasarkan maklumat di laman sesawang Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 10 PPS dibuka di Sabah iaitu di Beaufort, Tenom dan Kemabong yang mula dibuka sejak Jumaat lalu, menempatkan 1,328 daripada 517 keluarga.
Sementara di Sarawak, dua PPS dibuka di Miri yang menempatkan 219 mangsa daripada 100 keluarga, terjejas akibat banjir.
Di Perak pula, keadaan banjir bertambah baik apabila hanya sebuah PPS dibuka iaitu di Kita yang menjadi lokasi kediaman sementara buat 22 mangsa daripada empat keluarga.
Seramai 1,569 keseluruhan mangsa banjir daripada 621 keluarga itu, ia turut membabitkan 524 kanak-kanak dan 41 bayi.

