UMNO BN Masih Kuat Bukan Saingan Warisan- Datuk Nilwan
11:04 Apr 22, 2018  |  By SabahKini2
UMNO BN Masih Kuat Bukan Saingan Warisan- Datuk Nilwan

Misalnya di Kunak, orang lain diheret bersama-sama pemimpin yang kecewa setelah hasrat menjadi calon tidak dapat, minta projek pun tidak dapat..

KUNAK, 21 April : Amanah Ikhtiar Malaysia menyasarkan dana pinjaman RM7.8 juta kepada 1,200 Sahabat AIM yang aktif di Kunak pada tahun ini.

Penolong Pengurus AIM Wilayah Sabah selatan, Jumat Jamaludin berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM1.5 juta telah dipinjamkan kepada Sahabat AIM  sehingga Mac tahun ini.

"Perletakan sasaran itu berdasarkan analisis keperluan modal Sahabat AIM di Kunak untuk mengembangkan perniagaan mereka.

"Selain mengambil kira Sahabat AIM turut berdisiplin membayar semula pinjaman sehingga mencatatkan rekod paras sifar iaitu 100 peratus bayaran semula bermula Disember tahun lepas sehingga Mac tahun ini," katanya.

Beliau berkakta demikian kepada pemberita selesai perasmian program himpunan Sahabat AIM dan sambutan paras sifar Sahabat di sini, hari ini.

Program itu dirasmikan Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Nilwan Kabang.

Nilwan berkata menjadi hasrat kerajaan menerusi AIM untuk membantu dan menggalakkan rakyat berusaha dengan cara permulaan menceburi bidang perniagaan.

"Melalui perniagaan, Sahabat AIM mampu merubah taraf kehidupan keluarga," katanya.

Sementara itu menyentuh mengenai sokongan BN di Parlimen Silam beliau berkata UMNO dan BN adalah parti kuat, dan ia bukan saingan parti pembangkang yang  kebanyakan pemimpin  tertingginya pernah menganggotai UMNO, kata Naib Ketua UMNO Bahagian Silam itu

Beliau berkata  Datuk Seri Anwar Ibrahim mengasaskan PKR kerana kecewa tidak berjaya  menjadi perdana menteri manakala Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mahu kembali berpolitik, memilih untuk menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

"Begitu juga bekas pemimpin UMNO di Sabah seperti Datuk Lajim Ukin dan Datuk Seri Shafie Apdal yang kini memimpin pembangkang...mereka kecewa tetapi kenapa perlu mengheret 'orang lain'.

"Misalnya di Kunak, orang lain diheret bersama-sama pemimpin yang kecewa setelah hasrat menjadi calon tidak dapat, minta projek pun tidak dapat," katanya.

Dalam pada itu, Nilwan berkata rakyat Sabah perlu bersyukur kerana di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, mereka boleh menyuarakan tentang Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Beliau juga meminta semua pengundi khususnya pengundi pertama kali di Parlimen Silam supaya  mengundi Barisan Nasional pimpinan Najib pada 9 Mei ini kerana kemajuan yang dikecapi Sabah hari ini adalah kerana pentadbiran BN.

1 Comment