Beberapa daerah di Sarawak, Sabah dijangka alami hujan berterusan
16:01 Jan 27, 2026  |  By SabahKini2
Beberapa daerah di Sarawak, Sabah dijangka alami hujan berterusan

Menurut MetMalaysia menerusi kenyataan di laman web rasminya, hujan berterusan dijangka berlaku di beberapa daerah di Sarawak iaitu Bintulu, Miri dan Limbang pada Jumaat dan Sabtu.

KUCHING: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka melanda beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah bermula Jumaat ini.

Menurut MetMalaysia menerusi kenyataan di laman web rasminya, hujan berterusan dijangka berlaku di beberapa daerah di Sarawak iaitu Bintulu, Miri dan Limbang pada Jumaat dan Sabtu.

Keadaan cuaca sama turut diramalkan di Sabah melibatkan daerah Tawau merangkumi Kunak dan Lahad Datu, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat bermula 30 Januari hingga 1 Februari.

Sementara itu, seramai 37 penduduk Kampung Seruyuk di Sebuyau, Bahagian Samarahan, yang sebelum ini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) akibat banjir, dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing hari ini.

PPS yang dibuka di Bangunan Lama Masjid Kampung Seruyuk sejak 8 pagi semalam ditutup sepenuhnya pada 10 pagi tadi selepas keadaan banjir dilaporkan surut.

Beberapa kawasan di Sarawak sebelum ini terjejas akibat banjir kilat susulan hujan lebat berterusan yang berlaku sejak Ahad lalu.

Comment