KOTA KINABALU — Usaha bekas taukeh emas ‘Scammer’, Datuk Lo Fui Ming, untuk menjerat dua syarikat perlombongan emas di Tawau akhirnya tidak menjadi apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengklasifikasikan kertas siasatan berkaitan laporan yang dibuatnya sebagai “No Further Action” (NFA). Keputusan itu sekali gus menutup siasatan terhadap AuMas Resources Bhd dan Wullersdorf Resources Sdn Bhd (WRSB), selepas pihak pendakwaan mendapati tiada asas kukuh untuk meneruskan pendakwaan.
Surat rasmi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) IPK Sabah bertarikh 11 Februari 2026 mengesahkan bahawa kes bernombor Tawau/Rpt/15495/2024 telah disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya pada 11 Jun 2025. Namun selepas penelitian menyeluruh oleh Unit Jenayah Komersil dan Siber, Jabatan Peguam Negara, kes itu diputuskan sebagai tiada tindakan lanjut pada 30 September 2025 — lazimnya menandakan bukti tidak mencukupi atau kesalahan tidak dapat dibuktikan di mahkamah. Surat berkenaan dilaporkan diterima melalui Tetuan Ram Singh & Co.

Datuk Lui Fui Ming sebelum ini telah membuat laporan polis terhadap bekas CEO AuMas Berhad, Chong Tzu Khen. Lui Fui Ming mendakwa berlaku aktiviti perlombongan haram antara November 2024 hingga April 2025, selain mengaitkan syarikat dengan transaksi emas dan aliran kewangan mencurigakan. Antara dakwaan yang dibangkitkan termasuk isu lesen melombong Wullersdorf Resources Sdn Bhd (WRSB) yang didakwa telah luput, penahanan 110 kilogram emas oleh Jabatan Kastam Sabah pada Februari 2024, serta kerugian royalti Kerajaan Negeri. Wal hal semua dakwaan itu tidak benar selepas pengambilalihan AuMas dari Lui Fui Ming.
Keputusan NFA dilihat sebagai petunjuk jelas bahawa dakwaan tersebut gagal disokong bukti mencukupi untuk tindakan lanjut. Tuduhan Datuk Lui Fui Ming hanyalah sebuah dendam dan sebagai cubaan membentuk persepsi negatif terhadap operasi syarikat, namun tidak bertahan apabila melalui proses siasatan rasmi. Malah, prestasi pengeluaran emas dilaporkan semakin meningkat selepas perubahan struktur pemilikan dan pengurusan. AuMas Resources Bhd dan Wullersdorf Resources Sdn Bhd (WRSB) bukan lagi miliknya selepas menjual semua kepentingannya.
Terdahulu, Datuk Lui Fui Ming pernah dihadapkan ke mahkamah selepas ditahan SPRM berhubung dakwaan berkaitan pengisytiharan dan penipuan bayaran hasil emas kepada Kerajaan Negeri Sabah — satu kes berprofil tinggi yang ketika itu menarik perhatian industri perlombongan.
ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] Tipu Kerajaan Sabah cukai jualan emas, 5 individu berkait Bahvest Resources Berhad direman SPRM

Datuk Lui Fui Ming ‘Psikopat’ tidak pernah serik
Sabahkini2 sebelum ini pernah mendedahkan siapa sebenarnya Datuk Lo Fui Ming dalam artikel sebelum ini.
Datuk Lui Fui Ming bukan lagi CEO Bahvest Resources Bhd selepas 31 Mei 2023. Syarikat yang kini bertukar nama AuMas Resources Bhd bukan lagi bawah kuasa keluarganya. Sehingga ke hari ini Datuk Lo Fui Ming terus mengganggu AuMas Resources dengan segala cara melalui media dan kenyataan awam, malah merangkumi gangguan operasi serta sabotaj terhadap infrastruktur perlombongan emas di Bukit Mantri, Tawau.
Beliau merupakan pendokong keras kepada Shafie Apdal Presiden Warisan dan beberapa pemimpin Warisan untuk terus berdendam dengan pengurusan baru. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Adun Merotai Sarifuddin Hata dijadikan kuda di sidang Dun Sabah mengkritik lombong emas walaupun hakikatnya Shafie Apdalah yang meluluskan lesen lombong emas Bukit Mantri kepada Syarikat Bahvest Resources (Wullersdorf Resources Sdn. Bhd. (“WRSB”) dan Southsea Gold Sdn Bhd di bawah Akta Pembangunan Mineral 1994, dan Seksyen 18(d) Ordinan Perlombongan Sabah 1960. Mungkin sebab itulah Shafie Apdal dan pemimpin Warisan meroyan kerana Datuk Lo Fui Ming penaja kewangan kepada kempen Warisan.

Setahun selepas pengurusan Bahvest Resources Berhad digantikan dan ditukar nama kepada Aumas Resources Berhad, serangan demi serangan terhadap pemilik baharu syarikat tersebut terus berlaku. Ia bukan hanya melalui media dan kenyataan awam, malah merangkumi gangguan operasi serta sabotaj terhadap infrastruktur perlombongan emas di Bukit Mantri, Tawau.
Fakta sebelum ini Datuk Lo Fui Ming (DLFM) telah mengawal Bahvest selama hampir dua dekad dan meletakkan struktur operasi lombong emas Bukit Mantri melalui entiti Southsea (Pemilik tanah pajakan), Wullersdorf (anak syarikat) dan MAB Ventures Sdn Bhd sebagai pemegang saham terbesar Bahvest Resources Bhd. Kesemua Syarikat ini atas namanya.
Semua kesalahan Datuk Lo Fui Ming dilakukan dalam satu bakul seperti Akta Syarikat 2016 (Seksyen 210 & 213) – Akta Pasaran Modal & Perkhidmatan 2007 (CMSA) dan Akta SPRM 2009 (Seksyen 23)


Apa yang berlaku sebelum ini seperti mencuri jongkong emas, menipu pengisytiharan pendapatan, bayaran royalti, salah guna kuasa dan rasuah semua dilakukan oleh pengurusan lama atas Datuk Lo Fui Ming yang membawa pertuduhan mereka di mahkamah.
Terus Sabotaj Infrastruktur Lombong
Insiden paling serius dilaporkan berlaku pada 17 Mei 2025 apabila kawasan Tailings Storage Facility (TSF) — komponen kritikal dalam operasi perlombongan didakwa diceroboh. Antara kerosakan yang dilaporkan:
- Saliran perimeter ditimbus di dua lokasi
- Aliran air dialihkan ke dalam empangan sisa
- Terusan baharu dibina
Hujan lebat menyebabkan sebahagian dinding penahan runtuh pada 19 Mei 2025. Mahkamah Tinggi Tawau kemudian membenarkan injunksi kedua bagi menghalang sebarang gangguan terhadap kerja pemulihan. Malangnya sehingga ke hari ini gangguan tetap berlaku — kerja pembaikan didakwa dirosakkan semula menggunakan jentera berat. Itulah Datuk Lo Fui Ming!
[VIDEO] Emas Bukit Mantri: Mengapa Datuk Lo Fui Ming dan Warisan terus sabotaj AuMas Resources Bhd?

Aduan terbaru perbuatan khianat Datuk Lo Fui Ming dan Southsea Gold ialah apabila mereka menceroboh kawasan Tailings Storage Facility (TSF) lombong AuMas.
Pada 17 Mei 2025, DATUK LO FUI MING (DLFM) dan Southsea bersama dengan jenteranya penyebab kerosakan saliran perimeter yang berfungsi untuk TSF (Tailings Storage Facility) tersumbat. Mereka bukan sahaja menyekat saliran perimeter tersebut, malah turut mengalihkan aliran air ke dalam TSF melalui pembinaan terusan baharu.
DLFM dan Southsea telah melakukan perkara tersebut dengan menimbus saliran perimeter menggunakan tanah di dua lokasi berbeza yang secara langsung menjejaskan aliran air saliran tersebut. Selain itu, sebuah terusan baharu telah dibina untuk menyalurkan semua air larian permukaan yang sepatutnya tidak mengalir ke dalam TSF terus ke dalam TSF.
TSF sangat penting untuk operasi perlombongan Wullersdorf. Ini kerana TSF berfungsi sebagai kolam penampungan untuk menyimpan sisa proses (iaitu pepejal separa kering daripada pemprosesan) dan efluen. TSF telah menjadi sebahagian daripada EIA yang telah diluluskan dan merupakan komponen penting dalam operasi perlombongan Wullersdorf sejak dari awal.
Apakah gangguan Datuk Lo Fui Ming akan berakhir? Dengan siri saman mahkamah dan perbicaraan tak mungkin Datuk Lo Fui Ming akan berhenti mengganggu AuMas Resources Bhd
Datuk Lo Fui Ming merupakan seorang “vexatious litigant”. Individu yang dikenal pasti oleh sistem perundangan sebagai sering memfailkan tindakan mahkamah tanpa asas kukuh atau munasabah. Beliau dilihat sering menyalahgunakan proses kehakiman dengan membawa kes berulang, remeh atau bermotifkan tekanan terhadap pihak lain, sekali gus membebankan defendan serta mengganggu kelancaran pentadbiran mahkamah.
Di luar negara mahkamah mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan seseorang sebagai vexatious litigant sekiranya corak penyalahgunaan ini dapat dibuktikan. Apabila pengisytiharan sedemikian dibuat, individu berkenaan lazimnya akan dikenakan sekatan — termasuk keperluan mendapatkan kebenaran mahkamah terlebih dahulu sebelum memfailkan sebarang saman baharu — bagi mengelakkan sistem kehakiman terus disalahgunakan.

