Hajiji Noor ajak masyarakat Cina jadi rakan strategik pembangunan Sabah
15:02 Feb 16, 2026  |  By SabahKini2
Hajiji Noor ajak masyarakat Cina jadi rakan strategik pembangunan Sabah

Dalam kenyataan Pejabat Ketua Menteri pada Ahad, Hajiji berkata masyarakat Cina digalakkan menjadi rakan kongsi pembangunan dan terus mengukuhkan kerjasama dengan kerajaan negeri.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, menyeru masyarakat Cina di negeri ini supaya menjadi rakan strategik kerajaan negeri dalam usaha membina Sabah yang progresif.

Dalam kenyataan Pejabat Ketua Menteri pada Ahad, Hajiji berkata masyarakat Cina digalakkan menjadi rakan kongsi pembangunan dan terus mengukuhkan kerjasama dengan kerajaan negeri.

Beliau menegaskan bahawa aspirasi kerajaan melalui Sabah Maju Jaya 2.0 (SMJ 2.0) adalah untuk memacu pertumbuhan ekonomi, pembangunan modal insan, dan kesejahteraan rakyat.

Hajiji menambah, kemajuan yang dicapai perlu inklusif untuk semua kaum, kerana perpaduan menjadi kunci kestabilan dan kemakmuran negeri.

“Tahun Baharu Cina yang menekankan nilai kekeluargaan, perpaduan, dan harapan baharu bukan sahaja mencerminkan kekayaan warisan budaya masyarakat Cina, tetapi juga menjadi platform untuk mengukuhkan keharmonian rakyat berbilang kaum di Sabah,” kata beliau.

Hajiji turut menekankan simbolisme Tahun Kuda Api 2026, yang membawa makna tenaga, keberanian dan inovasi, sebagai inspirasi untuk terus melaksanakan perancangan pembangunan negeri yang mampan dan seimbang.

Beliau mengakhiri kenyataan dengan ucapan: “Selamat Tahun Baru Cina kepada masyarakat Cina di Sabah khususnya dan seluruh negara amnya, Gong Xi Fa Cai.”

Comment