KOTA KINABALU: Lebih 10,000 pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran kerajaan negeri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, pada Selasa.
Majlis itu diserikan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman bersama isteri, Toh Puan Faridah Tussin, serta Ketua Menteri Hajiji Noor.
Musa dan Hajiji, diiringi Menteri Pelancongan, Alam Sekitar dan Kebudayaan Sabah Jafry Arifin, memukul gendang sebagai simbolik perasmian acara.
Tetamu jemputan turut menyertai tradisi mengaul Yee Sang, selain dihiburkan dengan pelbagai persembahan artis tempatan dan kumpulan tarian.
Rumah terbuka berkenaan menjadi platform mengeratkan perpaduan masyarakat pelbagai kaum sempena sambutan Tahun Baharu Cina di negeri ini.

.jpg)