Hajiji lancar Jelajah Aspirasi Bebas Dadah Sabah, libatkan 150 motosikal
00:02 Feb 18, 2026  |  By SabahKini2
Hajiji lancar Jelajah Aspirasi Bebas Dadah Sabah, libatkan 150 motosikal

Pada majlis sama, Hajiji turut menyerahkan replika cek berjumlah RM531,350 sebagai sumbangan caruman kerajaan negeri kepada KWSP untuk 10,627 penunggang e-hailing.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor pada Isnin melancarkan konvoi Jelajah Aspirasi Bebas Dadah (JABD) Sabah di Menara Kinabalu, melibatkan 150 motosikal dan lapan kenderaan pacuan empat roda.

Program anjuran bersama Agensi Antidadah Kebangsaan, Skuad Anti Dadah Sabah, Foodpanda dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) itu akan menjelajah seluruh Sabah hingga September bagi meningkatkan kesedaran mengenai bahaya penyalahgunaan dadah serta usaha menjadikan negeri ini bebas dadah.

Konvoi berkenaan dijadual berakhir pada 6 September di Universiti Malaysia Sabah sempena Sabah Moto Day 9.0.

Pada majlis sama, Hajiji turut menyerahkan replika cek berjumlah RM531,350 sebagai sumbangan caruman kerajaan negeri kepada KWSP untuk 10,627 penunggang e-hailing.

Comment