KUALA LUMPUR: Umat Islam di seluruh Malaysia akan mula menunaikan ibadah puasa Ramadan pada Khamis, 19 Februari 2026.
Pengumuman rasmi itu dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Syed Danial Syed Ahmad, dalam siaran langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia malam ini.
Menurut beliau, tarikh permulaan puasa berkenaan ditetapkan bagi seluruh negeri di Malaysia selepas mendapat perkenan Sultan Ibrahim serta persetujuan Raja-Raja Melayu.
Terdahulu, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menetapkan tarikh melihat anak bulan Ramadan pada petang Selasa bersamaan 29 Syaaban 1447 Hijrah bagi menentukan permulaan ibadah puasa.
Majlis Raja-Raja turut memperkenankan bahawa penetapan tarikh awal Ramadan dibuat berdasarkan kaedah rukyah dan hisab.
Umat Islam di negara ini dijangka menunaikan solat sunat tarawih bermula pada malam Rabu, 18 Februari.

