KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor hari ini mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) pertama bagi tahun 2026 di Menara Kinabalu.
Menurut kenyataan, mesyuarat itu meneliti secara menyeluruh aspek keselamatan negeri serta memperkemas penyelarasan dan kerjasama strategik antara agensi berkaitan.
Usaha berkenaan bertujuan meningkatkan tahap kesiapsiagaan, memperkukuh kawalan keselamatan dan mempertahankan kedaulatan negeri serta negara daripada sebarang ancaman.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Safar Untong, Pesuruhjaya Polis Sabah Jauteh Dikun, Pengarah Imigresen Sabah Sh Sitti Saleha Habib Yussof, Komander ESSCOM Victor B Sanjos, Pengarah Maritim Sabah dan Labuan Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali, Timbalan Armada Timur Erman Shahril Adlan, serta Setiausaha Majlis Keselamatan Negeri Sabah Awang Yahya.

