Mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 7,442 orang
15:02 Feb 28, 2026  |  By SabahKini2
Mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 7,442 orang

Menurut portal Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 2,803 keluarga daripada lima daerah terjejas kini ditempatkan di 38 pusat pemindahan sementara (PPS).

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 7,442 orang setakat 7.30 pagi ini, berbanding 6,663 orang yang direkodkan malam tadi.

Menurut portal Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 2,803 keluarga daripada lima daerah terjejas kini ditempatkan di 38 pusat pemindahan sementara (PPS).

Daerah yang terlibat ialah Tenom, Sipitang, Membakut, Kemabong dan Beaufort.

Daripada keseluruhan mangsa, 2,589 orang ialah wanita dewasa manakala 2,302 lelaki dewasa. Kanak-kanak lelaki berjumlah 1,218 orang dan kanak-kanak perempuan 1,164 orang.

Banjir itu turut menjejaskan 73 bayi lelaki dan 96 bayi perempuan.

Comment