Mangsa banjir di Beaufort menurun, 377 orang masih berlindung di PPS
21:03 Mar 02, 2026  |  By SabahKini2
Mangsa banjir di Beaufort menurun, 377 orang masih berlindung di PPS

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, jumlah itu menunjukkan penurunan walaupun 93 kampung di daerah berkenaan masih terjejas akibat banjir.

BEAUFORT: Seramai 377 mangsa banjir daripada 136 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 4 petang hari ini.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, jumlah itu menunjukkan penurunan walaupun 93 kampung di daerah berkenaan masih terjejas akibat banjir.

Kesemua mangsa ditempatkan di PPS Dewan DUN Banir yang mula dibuka sejak 25 Februari lalu.

Daripada jumlah mangsa, seramai 107 lelaki dewasa dan 111 wanita dewasa direkodkan, manakala kanak-kanak lelaki seramai 81 orang dan kanak-kanak perempuan 78 orang.

Dalam perkembangan berasingan, sebuah lagi PPS masih beroperasi di Semporna bagi menempatkan mangsa kebakaran melibatkan 59 orang daripada 11 keluarga.

Kesemua mangsa kebakaran ditempatkan di PPS Dewan Belia dan Sukan Semporna yang dibuka sejak 27 Februari lalu.

Pihak berkuasa memaklumkan tiada kes kematian direkodkan setakat ini, manakala pemantauan serta penyaluran bantuan kepada mangsa terjejas terus dilaksanakan.

Comment