Jumlah mangsa banjir di Sabah tidak berubah pagi ini
22:03 Mar 03, 2026  |  By SabahKini2
Jumlah mangsa banjir di Sabah tidak berubah pagi ini

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan, semua mangsa terlibat adalah penduduk di daerah Beaufort yang terjejas akibat banjir.

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di Sabah kekal 363 orang daripada 133 keluarga setakat pagi ini, tidak berubah berbanding malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan, semua mangsa terlibat adalah penduduk di daerah Beaufort yang terjejas akibat banjir.

Kesemua mangsa kini masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan DUN Banir yang telah dibuka sejak Rabu lalu bagi menampung penduduk terjejas.

Sebanyak 93 kampung di daerah berkenaan dilaporkan terkesan susulan bencana itu.

Bagaimanapun, setakat ini tiada laporan kemalangan jiwa atau kematian diterima pihak berkuasa. Situasi banjir terus dipantau dari semasa ke semasa oleh agensi berkaitan.

Comment