KOTA KINABALU: Keadaan banjir di Sabah tidak banyak berubah apabila 81 mangsa daripada 28 keluarga masih berlindung di Beaufort setakat 8 pagi tadi.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, angka itu hanya turun satu keluarga berbanding 82 mangsa daripada 29 keluarga yang direkodkan semalam pada jam 4 petang.
Semua mangsa masih berada di Dewan DUN Banir, pusat pemindahan sementara yang dibuka sejak 25 Februari.
JPBN Sabah memaklumkan bahawa hanya lima kampung masih terjejas banjir pagi ini

