Hajiji, Musa Aman santuni warga TLDM pada majlis berbuka puasa
15:03 Mar 06, 2026  |  By SabahKini2
Hajiji, Musa Aman santuni warga TLDM pada majlis berbuka puasa

Majlis itu turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Sabah Musa Aman bersama isterinya Faridah Tussin yang berkenan menyantuni pegawai serta anggota TLDM dalam suasana penuh ukhuwah sempena Ramadan.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor bersama isterinya Juliah Salag menghadiri majlis berbuka puasa bersama warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Masjid Ibnu Battuta, Pengkalan TLDM Sepanggar, pada Khamis.

Majlis itu turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Sabah Musa Aman bersama isterinya Faridah Tussin yang berkenan menyantuni pegawai serta anggota TLDM dalam suasana penuh ukhuwah sempena Ramadan.

Program dimulakan dengan tazkirah ringkas sebelum hadirin berbuka puasa, diikuti solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah.

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera Malek Razak Sulaiman, Setiausaha Persekutuan Sabah Mohd Razali Wahab serta Panglima Armada Timur TLDM Khir Junaidi Idris.

Majlis itu diadakan bagi mengeratkan hubungan antara kepimpinan negeri dan warga TLDM di Sabah sempena bulan Ramadan.

Comment