Musa Aman, Hajiji Noor hadiri majlis berbuka puasa Polis Diraja Malaysia Kontinjen Sabah
15:03 Mar 12, 2026  |  By SabahKini2
Musa Aman, Hajiji Noor hadiri majlis berbuka puasa Polis Diraja Malaysia Kontinjen Sabah

Majlis berkenaan dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran dan Surah Al-Kahfi, diikuti penyampaian sumbangan daripada Pusat Zakat Sabah kepada mualaf, balu serta anak yatim dalam kalangan warga PDRM Kontinjen Sabah.

KOTA KINABALU: Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman bersama Toh Puan Datin Seri Faridah Tussin serta Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Juliah Salag menghadiri Majlis Berbuka Puasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, di sini pada Rabu.

Hajiji bersama isteri tiba pada jam 5.27 petang sebelum ketibaan Musa dan Isteri.

Majlis berkenaan dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran dan Surah Al-Kahfi, diikuti penyampaian sumbangan daripada Pusat Zakat Sabah kepada mualaf, balu serta anak yatim dalam kalangan warga PDRM Kontinjen Sabah.

Program kemudian diteruskan dengan penyampaian cenderahati kenangan serta tazkirah Ramadan. Tetamu seterusnya berbuka puasa bersama sebelum menunaikan solat Maghrib.

Majlis diteruskan dengan solat Isyak dan solat sunat Tarawih di Surau Fisabilillah, IPD Kota Kinabalu.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Panglima Kadzim M. Yahya. Hadir sama Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun.

Selain itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arifin serta Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri, Datuk Rubin Balang turut hadir.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Negeri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan juga hadir memeriahkan majlis.

Turut hadir Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun bersama Timbalannya, Datuk Abdul Rani Alias serta isteri masing-masing.

Comment