RANAU: Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun, menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Ketiga anjuran Pesuruhjaya Polis Sabah, Jauteh Dikun di Singgaron Baru, pada Sabtu.
Majlis berkenaan turut dihadiri isteri beliau, Datin Nurhayatie Farhana Abdullah.
Ketibaan Masidi disambut mesra oleh penduduk setempat serta tetamu yang hadir bagi memeriahkan sambutan dalam suasana harmoni dan penuh muhibah.
Program itu juga menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara pemimpin dan masyarakat, sejajar dengan usaha memperkukuh perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai lapisan.

