Memang sejak 2013 sudah ada kumpulan pasangan suami isteri ini. Selain di WhatsApp, ada juga akaun Twitter khas untuk mereka
SURABAYA: Polis menahan tiga pasangan suami isteri selepas menyerbu pesta seks yang diadakan di sebuah hotel di Surabaya, Indonesia, minggu lalu.
Media Indonesia melaporkan, seorang daripada mereka mengakui sudah tiga kali melakukan kegiatan sumbang itu dan sering berhubung melalui kumpulan sembang WhatsApp.
Tribune News memetik individu yang berasal dari Sukolilo, Surabaya itu berkata, kumpulan sembang itu disertai oleh pasangan suami isteri yang berkeinginan bertukar-tukar pasangan melakukan hubungan seks.
“Memang sejak 2013 sudah ada kumpulan pasangan suami isteri ini. Selain di WhatsApp, ada juga akaun Twitter khas untuk mereka,” katanya dikenali sebagai THD.
Menurutnya, mereka sering melakukan kegiatan itu di hotel membabitkan beberapa kawasan termasuk di Tretes bagi mengelak dihidu pihak berkuasa.
“Tidak semua ahli datang menyertai parti seks ini. Komuniti pasangan suami isteri ini berasal dari beberapa bandar di Jatim,” katanya.
THD berkata, mereka membuat persetujuan sebelum mengadakan sebarang pertemuan di lokasi tertentu.
“Ada yang berasal dari Surabaya, Malang, Sidoarjo serta Tuban. Apabila semua bersetuju, kami mengadakan pertemuan,” katanya. – HMetro