KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor menghadiri Majlis Kesyukuran dan Silaturahim anjuran Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) bersama Badan Amal dan Kebajikan Islam Jabatan Ketua Menteri (BALKIS-JKM) di Menara Kinabalu, pada Jumaat.
Hajiji yang juga Pengerusi YKS berkata, majlis seumpama itu menjadi platform penting dalam mengeratkan hubungan silaturahim serta menghargai komitmen warga kerja kedua-dua organisasi berkenaan.
Menurut beliau, peranan YKS dan BALKIS-JKM amat signifikan dalam menyantuni masyarakat serta memperkasa kebajikan rakyat di negeri ini.
Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh muhibah itu turut diserikan dengan jamuan makan sebagai simbol penghargaan terhadap dedikasi dan perkhidmatan kakitangan.
Turut hadir, Pengarah YKS merangkap Pengerusi BALKIS-JKM, Diyanah Abdullah, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YKS, ketua-ketua jabatan di bawah Jabatan Ketua Menteri serta ahli jawatankuasa BALKIS-JKM.

