Semua 14 lokasi Pusat Transformasi Bandar (UTC) di seluruh negara akan ditutup sepenuhnya pada 9 Mei ini (Rabu) sempena pilihanraya umum ke -14.
Kementerian Kewangan dalam kenyataannya berkata, UTC akan dibuka semula pada Khamis, 10 Mei 2018.
Kerajaan baru-baru ini mengumumkan 9 Mei adalah hari cuti peristiwa bagi memberi laluan kepada rakyat Malaysia untuk mengundi pada hari berkenaan.
Terdapat 3 lokasi UTC di Sabah iaitu di Kota Kinabalu, Keningau dan Tawau. UTC Tawau telah dirasmikan pembukaannya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 9 April lalu.