Emmabell Cassandra raih pengiktirafan kerajaan Sabah
17:04 Apr 30, 2026  |  By SabahKini2
Emmabell Cassandra raih pengiktirafan kerajaan Sabah

Datuk Seri Hajiji Noor berkata pencapaian Emmabell bukan sahaja membanggakan Sabah, malah mengharumkan nama negara di pentas dunia.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah menyampaikan insentif berjumlah RM5,000 kepada atlet Muaythai negeri, Emmabell Cassandra, sebagai pengiktirafan terhadap kejayaan cemerlangnya di peringkat antarabangsa.

Datuk Seri Hajiji Noor berkata pencapaian Emmabell bukan sahaja membanggakan Sabah, malah mengharumkan nama negara di pentas dunia.

Beliau menyampaikan insentif berkenaan ketika menerima kunjungan atlet itu di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini, hari ini.

“Keputusan ini membuktikan atlet Sabah berupaya bersaing di peringkat antarabangsa dan diharap menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk menceburi bidang sukan,” katanya.

Emmabell sebelum ini menjuarai kategori wanita dalam kejohanan Byon Combat Showbiz 7 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), Jumaat lepas.

Turut hadir Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif negeri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Juil Nuatim serta Setiausaha Tetap kementerian berkenaan Datuk Mansur Asun.

Comment