Empat kuarters guru, kantin SK Imbak musnah dalam kebakaran di Tongod
17:04 Apr 30, 2026  |  By SabahKini2
Empat kuarters guru, kantin SK Imbak musnah dalam kebakaran di Tongod

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Tongod, Adrian Dauli berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam sebelum bergegas ke lokasi bagi melakukan pemantauan serta penilaian risiko.

TONGOD: Empat kuarters guru dan sebuah kantin Sekolah Kebangsaan (SK) Imbak di sini musnah dalam satu kebakaran yang berlaku sekitar jam 6.20 petang, hari ini.

Kejadian itu turut memusnahkan sebuah kenderaan yang berada berhampiran lokasi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Tongod, Adrian Dauli berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam sebelum bergegas ke lokasi bagi melakukan pemantauan serta penilaian risiko.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Seramai 13 mangsa terjejas akibat kejadian ini,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas elektrik, namun punca sebenar masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Hairi Utoh berkata pasukan bomba segera digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.

Bagaimanapun, operasi menghadapi cabaran berikutan jarak lokasi kejadian yang jauh iaitu kira-kira 167 kilometer dari balai bomba.

Comment