MDNS disaran perkukuh peranan dalam pembangunan Sabah
19:05 May 08, 2026  |  By SabahKini2
MDNS disaran perkukuh peranan dalam pembangunan Sabah

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Masidi Manjun berkata MDNS juga digalakkan melaksanakan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan selain memberi sokongan kepada kerajaan negeri dalam program sosial, ekonomi dan pendidikan.

KOTA KINABALU: Majlis Datuk-Datuk Negeri Sabah (MDNS) disaran terus memainkan peranan aktif dalam menyumbang idea, pandangan dan sokongan terhadap usaha pembangunan negeri.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Masidi Manjun berkata MDNS juga digalakkan melaksanakan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan selain memberi sokongan kepada kerajaan negeri dalam program sosial, ekonomi dan pendidikan.

Beliau berkata penglibatan aktif badan itu penting bagi memastikan kebajikan rakyat terus diberi perhatian, khususnya di peringkat akar umbi.

“MDNS juga perlu lebih banyak terlibat dalam program mendekati masyarakat supaya dapat terus menyantuni rakyat serta memahami keperluan komuniti di peringkat akar umbi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat daripada MDNS yang diketuai Claudius Roman bersama rombongan di pejabatnya di sini.

Sementara itu, Masidi berkata kunjungan tersebut dapat mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuhkan kerjasama antara kerajaan negeri dan MDNS dalam pelbagai aspek pembangunan demi kesejahteraan masyarakat di Sabah.

Comment