KPDN rampas hampir 8,000 liter petrol di Kampung Mesra
19:05 May 08, 2026  |  By SabahKini2
KPDN rampas hampir 8,000 liter petrol di Kampung Mesra

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Semporna menerusi satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima dua serahan kes rampasan tanpa tuan daripada Pasukan Polis Marin (PPM).

SEMPORNA: Sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Mesra dipercayai dijadikan lokasi penyimpanan petrol untuk kegiatan penyelewengan sebelum diserbu pihak berkuasa dalam satu operasi baru-baru ini.

Dalam serbuan itu, sebanyak 7,850 liter petrol yang disimpan di dalam 314 jeriken berjaya dirampas bersama dua bot laju serta dua enjin sangkut Yamaha 200 kuasa kuda (hp) yang dipercayai digunakan bagi menjalankan kegiatan berkenaan.

Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM63,208.60.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Semporna menerusi satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima dua serahan kes rampasan tanpa tuan daripada Pasukan Polis Marin (PPM).

Menurut kenyataan itu, hasil pemeriksaan mendapati semua barang kawalan terbabit dipercayai diseleweng dan disimpan tanpa kebenaran yang sah.

“Susulan itu, KPDN Semporna telah membuka dua kertas siasatan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 untuk tindakan lanjut,” menurut kenyataan berkenaan.

Dalam pada itu, KPDN turut memberi amaran keras kepada mana-mana individu atau syarikat agar tidak terlibat dalam aktiviti penyelewengan barang kawalan kerana tindakan tegas akan diambil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Comment