Masidi tekankan kerjasama agensi majukan sektor pertanian
23:05 May 18, 2026  |  By SabahKini2
Masidi tekankan kerjasama agensi majukan sektor pertanian

Beliau yang juga Menteri Kewangan Sabah berkata, sektor pertanian khususnya industri padi dan beras memainkan peranan penting dalam menjamin keterjaminan makanan serta membantu meningkatkan ekonomi petani tempatan.

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah, Masidi Manjun berkata kerajaan negeri komited memperkukuh industri padi dan beras bagi memastikan bekalan makanan kekal stabil dan mencukupi.

Beliau yang juga Menteri Kewangan Sabah berkata, sektor pertanian khususnya industri padi dan beras memainkan peranan penting dalam menjamin keterjaminan makanan serta membantu meningkatkan ekonomi petani tempatan.

Perkara itu dibincangkan ketika beliau menerima kunjungan hormat delegasi Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah yang diketuai menterinya, Jamawi Jaafar di pejabatnya hari ini.

Dalam pertemuan itu, Pengurus Besar Lembaga Padi dan Beras Negeri Sabah, Ramle Kasin turut menyampaikan taklimat mengenai perkembangan semasa industri padi dan beras di negeri itu.

Taklimat berkenaan menyentuh usaha memperkukuh pengeluaran padi tempatan, aspek keselamatan makanan serta inisiatif meningkatkan produktiviti sektor pertanian di Sabah.

Masidi turut menekankan kepentingan kerjasama berterusan antara kementerian dan agensi berkaitan bagi memperkukuh pembangunan sektor pertanian negeri.

Comment