Jemaah haji Malaysia dari Perak, Sabah meninggal dunia di Tanah Suci
22:05 May 21, 2026  |  By SabahKini2
Jemaah haji Malaysia dari Perak, Sabah meninggal dunia di Tanah Suci

Lembaga Tabung Haji (TH) dalam kenyataan memaklumkan, jemaah lelaki berusia 64 tahun dari Parit Buntar, Perak itu meninggal dunia di Hospital King Faisal pada jam 8.29 malam, 19 Mei, akibat asma yang teruk.

MAKKAH: Dua lagi jemaah haji Malaysia disahkan meninggal dunia di Tanah Suci Makkah, masing-masing melibatkan seorang lelaki dari Perak dan seorang wanita dari Sabah.

Lembaga Tabung Haji (TH) dalam kenyataan memaklumkan, jemaah lelaki berusia 64 tahun dari Parit Buntar, Perak itu meninggal dunia di Hospital King Faisal pada jam 8.29 malam, 19 Mei, akibat asma yang teruk.

Allahyarham yang hadir bersama isterinya ke Tanah Suci merupakan jemaah di bawah Syarikat Pengelola Jemaah Haji kumpulan KT79 dan menginap di Hotel Al Safwah.

Sementara itu, jemaah wanita berusia 66 tahun dari Tawau, Sabah meninggal dunia di Hospital Saudi German pada jam 10.50 pagi, 20 Mei akibat serangan jantung.

Allahyarhamah yang hadir bersama suami merupakan jemaah kumpulan KT82 dan menginap di Hotel Abraj Al-Tayseer.

Menurut TH, kedua-dua jenazah telah disempurnakan proses dokumentasi sebelum dibawa ke Masjidil Haram untuk disolatkan dan seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Al Sharayea di Makkah.

Dengan perkembangan terbaharu ini, jumlah keseluruhan jemaah haji Malaysia yang meninggal dunia di Tanah Suci bagi musim haji 1447H/2026M setakat ini meningkat kepada lapan orang.

Comment