osanna Edera berkata sepanjang tempoh lima tahun, kerajaan BN di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang mentadbir negara ini hingga persada dunia.
KENINGAU – Persatuan Anak-Anak Peribumi Dusun Pedalaman Sabah (Peribumi) memaklumkan etnik Dusun masih memerlukan kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir negara ini.
Setiausaha Agung, Rosanna Edera berkata sepanjang tempoh lima tahun, kerajaan BN di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang mentadbir negara ini hingga persada dunia.
“Kami (kaum Dusun) optimis dengan sepenuhnya terhadap kerajaan Barisan Nasional.
“Konsep mendahului rakyat yang memberi perhatian utama ke atas kebajikan rakyat khususnya negeri ini dengan peruntukan besar melalui Bajet 2018 adalah bukti kerajaan BN yang diterajui Najib benar-benar ikhlas kepada rakyat Sabah.
“Sebab itu kami letakkan sepenuh kepercayaan kami kepada Najib dan BN, kerajaan ini perlu dipertahankan dan kami (persatuan Dusun) memberi sokongan tidak berbelah bahagi.” katanya kepada media semalam.
Peribumi telah didaftar pada 2 Disember 2015 dengan keahlian hingga hari ini mencecah lebih 2,000 orang di seluruh kawasan pedalaman Sabah. Sebahagian besar aktiviti persatuan ini menumpukan kepada aktiviti pertanian komersil, selain berjuang memperkasakan pendidikan generasi bangsa.