Nama baharu MRSM Kota Kinabalu diumum dalam masa terdekat
15:05 May 26, 2026  |  By SabahKini2
Nama baharu MRSM Kota Kinabalu diumum dalam masa terdekat

Pengerusi MARA, Asyraf Wajdi Dusuki, berkata pemasyhuran nama baharu institusi itu dijangka diadakan dalam masa terdekat.

KOTA KINABALU: Majlis Amanah Rakyat sedang dalam proses menamakan semula MRSM Kota Kinabalu sempena Musa Aman, selepas mendapat persetujuan rasmi daripada Yang Dipertua Negeri Sabah itu.

Pengerusi MARA, Asyraf Wajdi Dusuki, berkata pemasyhuran nama baharu institusi itu dijangka diadakan dalam masa terdekat.

Beliau berkata, perkara itu dimaklumkan dalam kunjungan hormat terhadap Musa Aman di Istana Seri Kinabalu hari ini.

“Asalnya, hasrat menamakan dan memasyhurkan MRSM Kota Kinabalu dengan nama Tun Musa Aman pernah diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi.

“Kunjungan hari ini adalah bagi mendapatkan persetujuan rasmi daripada Tun Musa Aman supaya proses pemasyhuran dapat disegerakan,” katanya kepada media.

Menurut Asyraf, Musa Aman menerima cadangan itu dengan penuh penghargaan.

Katanya, nama rasmi baharu MRSM berkenaan akan diumumkan oleh pejabat Yang Dipertua Negeri Sabah dalam masa terdekat.

Terdahulu, Musa Aman turut menerima kunjungan hormat Pengarah Urusan WCT Holdings Berhad, Ir Anthony Teoh.

Anthony berkata, pihaknya mengemukakan beberapa cadangan pembangunan kepada kerajaan negeri, termasuk melibatkan sektor bekalan air dan lapangan terbang di Sabah.

Comment