PBS Yakin Rampas Semula Kerusi Tamparuli
10:04 Apr 25, 2018  |  By SabahKini2
PBS Yakin Rampas Semula Kerusi Tamparuli

Selepas kekalahan PRU13, saya terus bekerja dan beri perkhidmatan kepada rakyat Tamparuli walaupun hanya menjawat jawatan parti sebagai Pemimpin Pembangunan Masyarakat Tamparuli.

Tuaran – Pada Pilihan Raya Umum ke-13, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamparuli telah jatuh ke tangan pembangkang Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana ketika itu rakyat terpedaya dengan janji yang ditaburkan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang.

Bekas Ahli DUNTamparuli, Datuk Jahid Jahim berkata bahawa beliau bersama jentera kali ini (pilihan raya umum ke-14) cukup bersedia untuk merampas semula kerusi Tamparuli daripada Datuk Seri Wilfred M. Bumburing.

Katanya, “Selepas kekalahan PRU13, saya terus bekerja dan beri perkhidmatan kepada rakyat Tamparuli walaupun hanya menjawat jawatan parti sebagai Pemimpin Pembangunan Masyarakat Tamparuli.

“Kali ini kami yakin Barisan Nasional (BN) akan menang dan berjaya merampas semula kerusi Tamparuli.” katanya ketika dihubungi media semalam.

Jahid turut berkata sebelum ini kerusi Tamparuli adalah sebahagian kouta Parti Bersatu Sabah dan ia masih lagi dikekalkan mengikut keputusan kepimpinan tertinggi BN.

“Saya menyerahkan sepenuhnya kepada kepimpinan tertinggi untuk memutuskan calon BN di Tamparuli, jika saya terpilih, saya akan berusaha sedaya upaya.

“Berdasarkan maklum balas di peringkat akar umni, kami amati bahawa rakyat mahu Tamparuli kembali kepada parti politik arus perdana (BN), kerana aspirasi mereka inginkan pembangunan.” katanya.

Pada PRU13, Jahid tewas tipis kepada Bumburing dengan beza undi 383 yang mana pertandingan disaksikan dengan perlawanan lima penjuru antara PKR, BN, STAR, SAPP dan seorang calon bebas.

- klxpress

Comment