Berikut senarai penuh calon Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)
KOTA KINABALU 25 April - Parti Harapan Rakyat akan bertanding 16 kerusi Parlimen termasuk Labuan dan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 9 Mei ini.
"Bagaimanapun, calon bagi satu kerusi DUN Usukan belum ditentukan," kata presidennya Datuk Seri Lajim Ukin hari ini.
Pada pengumuman calon parti komponen Gabungan Sabah itu di sini, hari ini, Lajim berkata beliau akan mempertahan kerusi DUN Klias dan bertanding kerusi Parlimen Beaufort.
Antara calon yang diumumkan ialah tujuh wanita dengan lima daripadanya bertanding di kerusi Parlimen dan seorang calon muda, Siti Shazianti Ajak, 28, bertanding kerusi Parlimen Silam.
Timbalan Presiden parti itu Datuk Maijol Mahap pula bertanding kerusi Parlimen Kota Marudu.
Berikut senarai penuh calon Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), 9 Mei ini:
PARLIMEN:
1. LABUAN – Siti Zaleha S.W Ibrahim
2. KUDAT – Jalumin Bayogoh
3. KOTA MARUDU – Datuk Maijol Mahap
4. KOTA BELUD – Miasin @ Aimaduddin Mion
5. TUARAN – Syra Peter @ P Gom
6. PUTATAN – Jivol @ Edmund Doudilim
7. KIMANIS – Jaafar Ismail
8. BEAUFORT – Datuk Seri Lajim Ukin
9. SIPITANG – Dayang Aezzy Liman
10.TENOM – Laimoi @ Yuslinah Laikim
11. BELURAN – Sipin Kadandi
12. LIBARAN – Alfian Mansyur
13. KINABATANGAN – Mustapa Datu Tambuyong
14. SILAM – Siti Shazianti Ajak
15. SEMPORNA – Asmara Asmad
16. TAWAU – Alizaman Jijurahman
DEWAN UNDANGAN NEGERI:
1. BANGGI – Abidula Amsana
2. PITAS – Bakir Mancaing
3. SULAMAN – Arifin Harith
4. KARAMBUNAI – Ahsim @ Oyok Jamat
5. PETAGAS – Ester Otion
6. PANTAI MANIS – Datuk James @ Ebi Ghani
7. KAWANG – Matlin Jilon
8. BONGAWAN – Jaafar Ismail
9. MEMBAKUT – Ali Omar Mohd Idris
10. KLIAS – Datuk Seri Lajim Ukin
11. KUALA PENYU – Jonas Sungin @ Sunggim
12. LUMADAN – Asmat Japar
13. SINDUMIN – Patrick Sadom
14. KARANAAN – Aman @ Adzman Manaf
15. KEMABONG – Yahia @ Yahya Raimah
16. NABAWAN – Apandy @ Lukan Angindin
17. GUM GUM – Dahil Masdik
18. SUKAU – Muariffidin Abdul Malek
19. TUNGKU – Bulangan Panasi
20. SULABAYAN – Utung Tanjong Baru
21. SENALLANG – Mohd Zakaria @ Md Jakaria Jakarullah
22. BALUNG – Razali Hamzah
23. APAS – Alizaman Jijurahman
24. MEROTAI – Sharatha Masyaroh John Ridwan Lincon
25. TANJUNG ARU – Noraiza Mohammad Noor
26. LAHAD DATU – Wong Yu Chin
27. SRI TANJUNG – Pang Thou Chung
28. USUKAN – Belum diumumkan