‘Chong Babi’ di belakang Jufazli Shi Ahmad bakal bayar saman bekas Timbalan Pengarah JKR Sabah dan Adun Sindumin?
15:08 Aug 09, 2026  |  By SabahKini2
‘Chong Babi’ di belakang Jufazli Shi Ahmad bakal bayar saman bekas Timbalan Pengarah JKR Sabah dan Adun Sindumin?

Jufazli membela kontraktor Chong Babi tak mungkin buat kerja percuma tanpa dibayar. Semuanya arahan Chong Babi untuk menyerang pegawai JKR & juga adun. Jufazli akan kalah dalam saman fitnah ini. Namun di belakangnya Chong Babi yang akan membayar untuknya

Siapa sebenarnya berada di belakang siri serangan influencer kontroversi Jufazli Shi Ahmad terhadap pegawai kerajaan dan wakil rakyat yang dikaitkannya dengan projek Pan Borneo dan pembangunan di Sabah?

Persoalan itu timbul selepas Jufazli kini berdepan sekurang-kurangnya dua pertikaian undang-undang berasingan melibatkan bekas Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah, Dato’ Mohd. Shamsul Nizam Abdul Wahid, serta ADUN Warisan Sindumin, Yusri bin Pungut.

Menurut sumber taikun cina Sipitang Chong Kek Sang atau “Chong BABI” merupakan individu di belakang penyaluran maklumat kepada Jufazli berkaitan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah.

Mohd Shamsul sudah memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, manakala Yusri mengeluarkan Surat Tuntutan atau Letter of Demand (LOD) yang menuntut ganti rugi RM15 juta.

Chong Babi di belakang Jufazli bukanlah sesuatu yang menghairankan. Sebelum ini Sabahkini2 telah mendedahkan siapa kontraktor Chong Babi dalam beberapa siri sejak beberapa tahun lalu hingga kini. Chong Babi menyalahkan Mohd Shamsul sebagai punca projek Pan Borneo dan jejambat lewat disiapkan maka beliau melakukan apa saja untuk menyingkirkan Mohd Shamsul daripada JKR.

ARTIKEL BERKAITAN- SPRM digesa siasat kontraktor 'Chong BABI', dua projek Pan Borneo RM1.35 bilion Sipitang–Beaufort masih gagal disiapkan

SPRM digesa siasat kontraktor 'Chong BABI', dua projek Pan Borneo RM1.35 bilion Sipitang–Beaufort masih gagal disiapkan

 

Mohd Shamsul sasaran Chong Babi

Mohd Shamsul sebelum ini bertanggungjawab dalam sektor Lebuhraya Pan Borneo JKR Sabah. Sumber mendakwa ketegasannya dalam soal pelaksanaan kontrak dan pematuhan spesifikasi projek menyebabkan beliau berdepan tentangan daripada pihak tertentu dalam industri pembinaan terutama dari ‘Chong Babi’.

Mohd Shamsul sebelum ini berdiam diri dan bersabar dengan pelbagai tuduhan Jufazli namun kali ini bertindak berani mengambil tindakan undang-undang terhadap Jufazli.

 

Jufazli serang isu Pan Borneo dan Jambatan Sungai Padas

Dalam beberapa video dan siaran langsung, Jufazli membuat pelbagai tuduhan terhadap Mohd Shamsul berkaitan pelaksanaan projek Pan Borneo Sabah.

Selain mempertikaikan penggunaan gelaran profesional “Ir.”, Jufazli didakwa menuduh Mohd Shamsul memalsukan dokumen dan telah dipecat daripada jawatannya sebagai Timbalan Pengarah JKR Sabah.

Jufazli turut mengaitkan Mohd Shamsul dengan kelewatan pembinaan Jambatan Sungai Padas di Beaufort, yang merupakan sebahagian daripada projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah. Projek jajaran Sindumin–Beaufort itu disebut mempunyai nilai melebihi RM1.3 bilion.

 

 

@checkmate_2026

1) Apa sudah jadi Jabatan Pengairan & Saliran Sabah (JPS) di bawah Kementerian Pertanian VS JKR Sabah? 2) Apa sudah jadi dengan Projek Jambatan Sungai Padas di Beaufort Sabah? 😱😱😱😱😱😱

♬ original sound - JUFAZLI SHI AHMAD - HERO RAKYAT

 

Lebih serius, Jufazli dilaporkan cuba mengaitkan kegagalan menyiapkan jambatan tersebut dengan urusan melibatkan Mohd Shamsul dan beberapa agensi kerajaan lain.

Namun, dakwaan bahawa Mohd Shamsul “bersekongkol” dengan Jabatan Pengairan dan Saliran atau Jabatan Pertanian untuk melambatkan projek itu satu tuduhan kerana semua tahu kelewatan projek Pan Borneo Sipitang-Beaufort merupakan kelemahan kontraktor.

JKR Sabah pula memberikan penjelasan berbeza. Menurut jabatan itu, kelewatan pakej jambatan Pan Borneo di Beaufort berpunca daripada isu kontrak yang dibangkitkan oleh Syarikat ‘Chong BABI’.

Penjelasan rasmi itu menimbulkan persoalan besar terhadap naratif Jufazli. Jika kelewatan berpunca daripada masalah kontrak, mengapa serangan ditumpukan kepada Mohd Shamsul? Siapa yang mendapat manfaat apabila kesalahan dialihkan daripada kontraktor kepada pegawai JKR?

 

Chong Babi kontraktor yang sering melanggar spesifikasi projek


Mohd Shamsul saman, mahkamah keluarkan injunksi

Mohd Shamsul akhirnya memilih untuk tidak lagi berbalas tuduhan melalui media sosial. Pada 23 Julai 2026, beliau memfailkan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan terhadap Jufazli di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

Saman itu berhubung dua video yang didakwa mengandungi kenyataan palsu dan berunsur fitnah terhadapnya, termasuk mengenai penggunaan gelaran “Ir.”, pemalsuan dokumen serta dakwaan bahawa beliau telah dipecat.

Mohd Shamsul menafikan semua tuduhan tersebut. Beliau menegaskan bahawa dirinya masih berkhidmat sebagai penjawat awam dan tidak pernah dibuang kerja.

Melalui peguamnya daripada Tetuan Effendi & Co, Effendi Othman dan Khalid Murshidi, Mohd Shamsul turut memperoleh perintah injunksi daripada Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 3 Ogos 2026.

Menurut kenyataannya, perintah itu mengarahkan dua video yang dipertikaikan dipadamkan daripada semua platform media sosial serta melarang penerbitan lanjut kenyataan yang menjadi subjek prosiding, tertakluk pada terma sebenar perintah mahkamah.

Saman itu kini melalui proses perundangan. Sama ada tuduhan Jufazli mempunyai bukti atau sekadar bersandarkan maklumat pihak ketiga akan diuji di mahkamah.

 

ADUN Sindumin tuntut RM15 juta

Selain Mohd Shamsul, Jufazli berdepan satu lagi tekanan undang-undang—kali ini daripada ADUN Sindumin, Yusri Pungut.

Melalui firma guaman Chin Jingulam & Associates, Yusri mengeluarkan LOD bertarikh 3 Ogos 2026 berhubung sebuah video yang didakwa diterbitkan Jufazli pada atau sekitar 27 Julai.

Video tersebut menyentuh satu pertemuan melibatkan Yusri, pihak Excel Consult dan pegawai Jabatan Air Negeri Sabah berhubung sebuah projek air.

Jufazli didakwa menggambarkan pertemuan itu sebagai “mesyuarat rahsia” yang dilakukan tanpa pengetahuan Ketua Menteri Sabah dan kononnya bertentangan dengan prosedur operasi standard serta tatacara kerajaan.

Yusri menafikan dakwaan tersebut. Melalui peguamnya, beliau menyifatkan kenyataan Jufazli sebagai palsu, tidak mempunyai justifikasi dan melampaui batas komen yang adil.

LOD itu menuntut Jufazli memadamkan video berkenaan, menghentikan pengulangan tuduhan, memberikan aku janji bertulis serta menerbitkan permohonan maaf dan penarikan balik secara penuh tanpa syarat.

Yusri turut menuntut ganti rugi RM15 juta selain kos guaman dan perbelanjaan berkaitan. Jufazli diberikan tempoh 14 hari daripada penerimaan surat tersebut untuk memenuhi tuntutan berkenaan, sebelum prosiding mahkamah dipertimbangkan.

Apakah Julfazli takut di saman? setakat ini nampaknya tidak kerana Chong Babi jutawan kaya belakang VVIP sanggup melakukan apa sahaja untuk menyerang musuhnya dan mengalihkan isu projek jalan tak siap dan jambatan runtuh dari perbualan rakyat. Mari kita lihat berapa banyak Chong Babi sanggup membayar saman untuk Jufazli.

 

1 Comment