Tun Musa Aman, Hajiji sertai Solat Hajat sempena Hari Kebangsaan
21:08 Aug 28, 2026  |  By SabahKini2
Tun Musa Aman, Hajiji sertai Solat Hajat sempena Hari Kebangsaan

Solat Hajat berkenaan diadakan bagi memohon keberkatan, kesejahteraan dan keselamatan rakyat serta negeri Sabah sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah Peringkat Negeri 2026.

KOTA KINABALU: Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menghadiri Majlis Tahlil, Doa Kesyukuran dan Solat Hajat sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah Peringkat Negeri 2026 di Masjid Negeri Sabah, di sini pada Jumaat.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun; Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Mohd Arifin Arif; Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainudin Aman.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin, tahlil dan doa selamat sebelum diteruskan dengan azan, Solat Jumaat dan Solat Hajat.

Solat Hajat berkenaan diadakan bagi memohon keberkatan, kesejahteraan dan keselamatan rakyat serta negeri Sabah sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah Peringkat Negeri 2026.

Comment