Yayasan Sabah terima dividen RM168.30 juta daripada ICSB
16:09 Sep 03, 2026  |  By SabahKini2
Yayasan Sabah terima dividen RM168.30 juta daripada ICSB

Bayaran dividen berkenaan disampaikan Pengerusi Eksekutif ICSB, Datuk Jasnih Daya kepada Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Ghulamhaidar Khan Bahadar, di sini pada Khamis.

KOTA KINABALU: Yayasan Sabah menerima bayaran dividen berjumlah RM168.30 juta daripada Innoprise Corporation Sdn Bhd (ICSB).

Bayaran dividen berkenaan disampaikan Pengerusi Eksekutif ICSB, Datuk Jasnih Daya kepada Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Ghulamhaidar Khan Bahadar, di sini pada Khamis.

Majlis penyampaian dividen itu disaksikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Haji Noor sebelum Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah.

Dalam majlis sama, ICSB turut membayar dividen berjumlah RM4.08 juta kepada Kerajaan Negeri Sabah.

Bayaran tersebut disampaikan Ghulamhaidar kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainudin Aman.

Sementara itu, Innoprise Plantations Berhad pula membayar dividen berjumlah RM45.69 juta kepada syarikat induknya, ICSB.

Keseluruhannya, tiga bayaran dividen berkenaan melibatkan jumlah lebih RM218 juta kepada Kerajaan Negeri Sabah serta syarikat dalam kumpulan Yayasan Sabah.

Comment