Remaja maut selepas motosikal terbabas di Jalan Kota Klias
21:09 Sep 07, 2026  |  By SabahKini2
Remaja maut selepas motosikal terbabas di Jalan Kota Klias

Ketua Polis Daerah Beaufort, Superintendan Champin Piuh berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.14 malam ketika mangsa dalam perjalanan dari Kampung Betandok menuju ke Kampung Kota Klias.

BEAUFORT: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas sebelum melanggar penghadang besi di Jalan Kota Klias-Kampung Betandok, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Superintendan Champin Piuh berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.14 malam ketika mangsa dalam perjalanan dari Kampung Betandok menuju ke Kampung Kota Klias.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai hilang kawalan ketika melalui jalan berselekoh sebelum motosikal ditunggangnya terbabas ke tepi jalan.

“Motosikal berkenaan kemudian melanggar penghadang besi menyebabkan mangsa mengalami kecederaan pada muka dan anggota badan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Beaufort,” katanya dalam kenyataan media pada Ahad.

Champin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Khairul Shazree Hashim di talian 010-2531451 atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati terutama ketika melalui jalan berselekoh.

“Pastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dan patuhi peraturan lalu lintas bagi mengelakkan kejadian tidak diingini,” katanya.

Comment