Seksyen 18 C Akta Pertubuhan 1966: Mahkamah Tolak Bubar UMNO
10:04 Apr 27, 2018  |  By SabahKini2
Seksyen 18 C Akta Pertubuhan 1966: Mahkamah Tolak Bubar UMNO

Hakim Datuk Kamaludin Md Said berkata Seksyen 18 C Akta Pertubuhan 1966 terpakai, di mana ahli tidak boleh membawa pertikaian parti ke mahkamah.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan semakan kehakiman yang dikemukakan 16 anggota Umno yang "dipecat" terhadap Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Hakim Datuk Kamaludin Md Said berkata Seksyen 18 C Akta Pertubuhan 1966 terpakai, di mana ahli tidak boleh membawa pertikaian parti ke mahkamah.

"Oleh itu permohonan itu ditolak tanpa kos," katanya.

Beliau berkata walaupun terdapat keputusan dalam kes Semenyih Jaya Sdn Bhd dan Indira Gandhi di Mahkamah Persekutuan, ia tidak terpakai kepada parti-parti politik.

Peguam Mohd Haniff Khatri Abdulla memberitahu pemberita bahawa notis rayuan akan difailkan.

Sebelum ini Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, selaras dengan Fasal 20.7 Perlembagaan UMNO yang secara jelas telah menggariskan bahawa mana-mana ahli yang memfailkan permohonan atau tindakan ke mahkamah akan lucut keahliannya secara automatik.

 

Comment