Bukankah lebih baik jika seseorang pemimpin itu berjaya memajukan kawasan kalaupun bukan berasal dari kawasan itu. Warisan mengata BN tetapi dalam masa sama Ketua Wira Warisan bertanding di Sepanggar.
KIMANIS : Tiga penyandang wakil rakyat Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen Kimanis dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan dan Membakut kekal untuk terus galas tanggungjawab serta cabaran pada pilihan raya umum ke-14.
Selepas pengumuman diadakan semalam oleh Pengerusi Barisan Nasional Sabah, Tan Sri Musa Aman, satu mesej ringkas telah ditular dengan mempersoalkan kepimpinan Datuk Seri Anifah Aman yang akan bertanding di kerusi Parlimen Kimanis.
Persoalannya cukup jelas hanya ingin mematikan karektor kepimpinan dan imej Anifah yang kononnya bukan anak watan Kimanis dan tiada sebarang perjuangan untuk anak-anak Kimanis.
Sememangnya Datuk Seri Anifah Aman bukan anak watan Kimanis namun beliau adalah rakyat Sabah berwarganegarakan Malaysia. Beliau antara pemimpin sejak lima tahun lepas sentiasa memperjuangkan hak-hak rakyat Sabah yang dikatakan terambil atau terlepas pandang oleh Persekutuan di dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Karisma serta kepimpinan Anifah turut diiktiraf Persekutuan dengan melantik beliau sebagai Menteri Luar Malaysia. Jawatan ini merupakan jawatan penting dan tidak keterlaluan dikatakan kedudukan Anifah cukup dekat dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam memastikan kemakmuran, kestabilan negara sentisa terpelihara bila melibatkan hubungan antarabangsa di peringkat dunia.
Sedikit sebanyak, Anifah telah menaikkan nama rakyat Sabah dan sekali gus anak watan Kimanis walaupun dirinya bukan berasal dari daerah ini.
Walaupun bukan anak watan Kimanis, namun pembangunan pesat di sekitar kawasan Parlimen Kimanis sejak lima tahun menggalas tanggungjawab menjaga kerusi Parlimen Kimanis dapat dilihat. Antara pembangunan yang semakin pesat:-
i. Pembinaan pusat Latihan Petroleum Kimanis, melalui pusat ini akan ramai anak-anak muda baik di Kimanis mahupun seluruh Sabah dapat bersaing dalam industri oil dan gas. Selepas tamat latihan daripada pusat ini, anak-anak muda kita akan mendapat banyak tawaran di dalam mahupun luar negara
ii. Pembinaan kolej komuniti, sememangnya bukan semua puny nasib baik mendapat keputusan cemerlang dalam akdemik. Justeru, pembinaan kolej ini akan bantu pula anak-anak Kimanis mendapatkan sijil kemahiran yang diiktiraf, umpama beri pancing dan tidak beri ikan demi masa anak-anak muda;
iii. Belia yang kurang berkemampuan, diusahakan mendapat tempat di kolej komuniti atau institute kemahiran belia negara secara percuma dengan matlamat beliau ingin melhat anak tempatan Kimanis mampu bersaing;
iv. Kerajaan turut berjanji mana-mana anak muda berdaftar dengan system pekerjaan akan mendapat kerja paling lewat dalam masa enam (6) bulan. Namun baru-baru ini ramai anak-anak Kimanis mendapat pekerjaan terus selepas ditemuduga;
v. Geran Perniagaan turut diusahakan kepada usahawan-usahawan muda dengan beri suntikan modal berbentuk wang atau peralatan (pertanian / penternakan);
vi. Kimanis bakal dijadikan hab pendidikan;
vii. Untuk hidup sihat, penduduk Kimanis bakal menikmati sebuah stadium; dan
viii. Kimanis bakal menjadi sebuah daerah yang mana rakyat Kimanis akan nikmati hampir semua kemudahan kerajaan seperti hospital, pejabat daerah, pejabat pendidikan sendiri.
Sebenarnya jika dirungkai satu persatu banyak lagi usaha murni Anifah demi penduduk Kimanis secara totalnya. Moga rakyat Kimanis tidak sesekali terpengaruh dengan dakyah yang dilontarkan oleh pihak tertentu.
Diharap menjelang 9 Mei, rakyat Kimanis akan terus menyokong kepimpinan calon Barisan Nasional kerana hanya BN mampu merealisasikan setiap Manifesto pilihan raya yang dikemukakan kepada rakyat.
Rakyat Sabah juga tidak sesekali menjumudkan pemikiran isu bukan orang asal / anak watan untuk dijadikan modal sebagai penentu siapa pemimpin yang akan perlu dipilih / dipangkah kerana usaha para pemimpin BN sentiasa mendahului kehendak rakyat inilah perjuangan mereka sejak dahulu lagi.