En. Yapan Situn antara Orang kuat Warisan Ranau menyerahkan Borang keahlian kepada Datuk Seri Panglima Masidi Manjun Pengerusi BN Ranau
RANAU- Lagi pemimpin Parti Warisan Sabah (Warisan) bertindak keluar parti dan menyertai Barisan Nasional (BN) selepas tidak mempercayai hala tuju perjuangan parti pembangkang tempatan itu.
En. Yapan Situn antara Orang kuat Warisan Ranau menyerahkan Borang keahlian kepada Datuk Seri Panglima Masidi Manjun Pengerusi BN Ranau
"Saya memutuskan keluar daripada Warisan bersama pengikut lain kerana perjuangan parti ini nampaknya lebih bersifat peribadi". Paling penting Warisan mengenepikan suara masyarakat Kadazan Dusun Murut (KDM) dan melantik mereka tidak dalam perjuangan. Kami ahli lama dipinggirkan.