Tolak Mahathir bapa Projek IC bermakna menolak Parti Warisan di Sabah sebagai cawangan dan agen PPBM/Mahathir
Kepada Rakyat Sabah
Orang Sabah patut bertanya Parti Warisan.
Jikalau Warisan dan Pakatan menang dalam PRU14, siapakah Perdana Menteri pemimpin-pemimpin Warisan dalam kabinet mereka?
Jikalau ada pemimpin Warisan dilantik menjadi menteri dalam kabinet Pakatan, siapakah bos pemimpin Warisan pada masa itu?
Parti Warisan tak payah nak sembunyikan apa-apa.
Semua sudah tahu jawapan bahawa satu undi orang Sabah untuk Parti Warisan ialah satu undi untuk Mahathir.