Warisan Membakut Pertaruhkan Ustaz Tipu Sijil Al Azhar dan 'kaki rembat bini orang'
08:05 May 07, 2018  |  By SabahKini2
Warisan Membakut Pertaruhkan Ustaz Tipu Sijil Al Azhar dan 'kaki rembat bini orang'

'kaki rembat' isteri orang dan tipu akademik Al Azhar ini berceramah di perkarangan rumah Yusof Said berdegar mengenai Islamlah, isu hak-hak Sabah, rasuah dan lain-lain lagi namun dia sendiri mempunyai perangai buruk yang tidak wajar buat seseorang bakal

Sudah dijangka Warisan Kimanis akan mempertaruhkan Ustaz Sani Marip orang kanan Yusof Said memandangkan Yusof tidak boleh bertanding dlm pilihan raya.

Ustaz Sani Marip bekas UMNO bermasalah pernah menyeleweng peruntukan rakyat tangki biru kini menjadi pilihan Warisan di Dun Membakut. Track buruknya sebagai pemimpin masyarakat Membakut pasti bakal menjadi perhitungan rakyat.

 

Bagaimana agaknya rakyat mahu memilih Ustaz Sani yang pernah menipu sijil kelulusan Al Azharnya ketika mengajar di SMK Membakut dulu. Kementerian Pendidikan yang mengetahui kesnya meminta Ustaz membayar semula emolumen gaji sepanjang berkhidmat kerana menipu kelayakan akademiknya. Penipuan kelayakan akademik adalah satu kesalahan amat serius. Rakyat perlu tahu jika ini pun dia tipu pastinya jika berkuasa penipuan akan menjadi-jadi.

Kontroversi panas yang rakyat Membakut masih ingat ialah kesnya berskandal dengan isteri orang. Ia pernah kecoh seketika.

Semalam calon 'kaki rembat' isteri orang dan tipu akademik Al Azhar ini berceramah di perkarangan rumah Yusof Said berdegar mengenai Islamlah, isu hak-hak Sabah, rasuah dan lain-lain lagi namun dia sendiri mempunyai perangai buruk yang tidak wajar buat seseorang bakal wakil rakyat.

Turut membantu kempen yang malap ini ialah Presiden Warisan Shafie Apdal. Ketika menjadi Menteri KKLW apa dia buat di Kimanis? Yang jelas dia beri projek kepada kroni-kroninya termasuk Yusof Said dalam Syarikat Tadbir Positif Sdn Bhd. Banyak mereka songlap sehingga cukai LHDN pun tak mahu bayar.

Rakyat Membakut dan Kimanis perlu lihat prestasi pembangunan Membakut di bawah Dato' Sri Anifah Aman dan Ariffin Arif. Banyak yang telah dibawa oleh mereka. Jasa-jasa mereka sebagai wakil rakyat di Parlimen dan Dun jelas terbukti.

3 Comments