KOTA KINABALU: Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal gagal dalam cubaannya untuk mengangkat sumpah sebagai ketua menteri baru hari ini dan mendakwa mempunyai kerusi mencukupi membentuk kerajaan negeri
Tan Sri Musa Aman pula bergegas ke Istana Negeri kerana dua pemimpin parti Star termasuk Dr Jeffery Kitingan yang menang PRU14 semalam bergabung dengan BN untuk tubuh kerajaan negeri Sabah dengan mempunyai 31 ADUN.
Walaupun Madius Tangau mengumumkan keluar BN dan menyertai Warisan, lima lagi calon UPKO yang menang PRU14 semalam masih bersama BN dan menafikan keluar dari UPKO.
Kesemua ADUN BN berkumpul di rumah Tan Sri Musa Aman untuk membentuk mengumumkan membentuk kerajaan negeri
Musa akan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah hari ini selepas memohon perkenan menghadap Yang di-Pertua Negeri Sabah.
“Saya diberi mandat oleh 31 ADUN untuk tubuh kerajaan negeri Sabah”. katanya