Baru saja Perdana Menteri Singapura melawat Malaysia, projek HSR dihenti kini tuntuta ke ICJ Pedra Branca pula tamat.
Dikala Kerajaan menghentikan projek HSR Malaysia dengan Singapura kini Putrajaya menghentikan permohonan untuk menyemak penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2008 yang memberikan Batu Putih kepada Singapura.
Keputusan itu dimaklumkan kepada Singapura oleh Peguam Cara Malaysia yang menulis memaklumkan hasrat Jabatan Peguam Negara untuk menghentikan prosiding itu.
“Malaysia memaklumkan ICJ pada 28 Mei 2018 yang ia akan menghentikan prosiding yang dimulakan sebelum ini. Singapura memaklumkan ICJ pada 29 Mei 2018 yang ia bersetuju dengan permohonan Malaysia untuk menghentikannya,” kata Kementerian Luar Singapura dalam satu kenyataan dikeluarkan Pesuruhjaya Singapura di Kuala Lumpur.
Dilaporkan yang ICJ sudah memaklumkan Singapura tentang penghentian prosiding dua kes dibawa Malaysia terhadap Singapura berkaitan dengan penghakiman asal ICJ pada 23 Mei 2008 berkaitan kes tuntutan Pulau Batu Putih, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
Kes pertama melibatkan permohonan Malaysia untuk semakan penghakiman asal ICJ di bawah Artikel 61 Statue ICJ yang difailkan pada 2 Februari 2017.
Kes kedua adalah permohonan Malaysia untuk tafsiran penghakiman asal ICJ berkaitan Artikel 60 Statue ICJ bertarikh 30 Jun 2017.
Sebelum ini, Peguam Negara yang kini diarah bercuti, Mohamed Apandi Ali memaklumkan Malaysia akan memohon semakan semula penghakiman kerana ia berkaitan dengan kedaulatan negara.
"ia adalah sebahagian daripada Johor, dan Johor sebahagian daripada Malaysia. Justeru, kita perlu mendapatkan tanah kita, kedaulatan negara. Selain itu, mana-mana pulau dalam itu adalah strategik dari segi ketenteraan, dan di pulau itu terdapat rumah api yang dibina British.
"Dari segi sejarah dan geografi, Pulau Batu Puteh hanya 7km dari Johor, dan 24km dari Singapura. Jadi, jika anda bercakap dari segi jarak, ia sebenarnya milik kita," katanya.
Prosiding semakan itu disokong oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, seperti dilaporkan akhbar Berita Harian Online.
Pentadbiran sebelum ini, Barisan Nasional menyifatkan semakan tuntutan itu tidak mempunyai motif politik susulan kenyataan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong yang mengaitkannya dengan PRU14.
Dalam surat Pesuruhjaya Singapura bertarikh 29 Mei, kenyataan itu menyebut yang ICJ memaklumkan Singapura yang mahkamah sudah merekod penghentian itu, dengan persetujuan pihak terlibat berkaitan dengan prosiding 2 Februari 2017 dan 30 Jun 2017 oleh Malaysia terhadap Singapura, dan mengarahkan kes itu dibuang daripada senarai bicara mahkamah.
Menteri Luar Singapura Vivian Balakrishan berkata apabila Malaysia memohon menghentikan kes itu, mereka gembira untuk menerimanya.
“Kedua-dua Malaysia dan Singapura melalui proses perundangan sepatutnya dan menyelesaikannya,” katanya dalam kenyataan itu.
Apa motif kerajaan Malaysia menghentikan kes ini? apakah juga dalam masa sama Singapura bakal membayar pampasan rendah kerana Malaysia menghentikan projek HSR antara dua negara?