Strategi Manipulasi Hutang Negara Yang Direka Sebabkan 21 Hari Malap Di Bawah PH
12:05 May 31, 2018  |  By SabahKini2
Strategi Manipulasi Hutang Negara Yang Direka Sebabkan 21 Hari Malap Di Bawah PH

Satu posting gambar di Abu Bakar Yahya Aby pada jam 5.38 petang terpapar kisah sebenarnya. Tertera satu kertas bertulis "Manipulasi Hutang Negara" di atas meja PM baru PH.Itulah strategi Tun M

Malap betul hidup di Malaysia sekarang. Berbelas ribu penjawat awam kena buang kerja serta merta tanpa rasa belas ihsan. Projek mega negara kena mansuh. Berpuluh ribu peluang kerja hilang.

Harga barang pula menjadi semakin mahal, bukannya murah seperti yang mereka janji dalam manifesto pilihan raya. Ayam golek dan ayam madu harganya RM22 seekor di zaman PH, dulu harganya tidak semahal ini.

Hutang negara juga diumum angka berbeza, sekejab RM 1 trilion, RM 600 bilion, RM800 bilion dan dimanipulasi sewenangnya menyebabkan saham jatuh, pelabur menarik diri yang menyebabkan kerugian beratus juta sehari. 

Lebih malap lagi Perdana Menteri PH umumkan bonus kakitangan awam murah RM100 berbanding di zaman Najib. Kemudian kakitangan awam gred 41 ke atas tidak dapat langsung bonus.

Kenapalah tidak bagi pada semua. Bonus itu untuk beli baju raya anak anak, untuk sedekah duit raya pada mak ayah. Dulu bukan main lagi kutuk Najib bagi RM500 sahaja, cakap Selangor negeri kaya boleh bagi lebih dan sebagainya.

Nah sekarang bila PH jadi kerajaan, bonus bukan bertambah, berkurang lagi, sedangkan Kerajaan PH pada hari ini baru 21 hari memerintah. Duit yang Najib tinggalkan begitu banyak, kenapa lah tiba tiba cakap duit tiada.

Semalam juga Allah SWT tunjuk kebenaran, satu posting gambar di Abu Bakar Yahya Aby pada jam 5.38 petang terpapar kisah sebenarnya. Tertera satu kertas bertulis "Manipulasi Hutang Negara" di atas meja PM baru PH.

Siapa sebenarnya yang manipulasi? Kerajaan PH yang memanipulasi? Jadikan alasan hutang untuk tidak tunai janji manifesto. Jadikan alasan hutang untuk manipulasi kutip derma, potong bonus RM100 dan beri tol hanya 50% untuk dua hari sahaja.

Bodohlah siapa yang hendak sangat 50% diskaun itu. Makan "jammed" berjam jam lah dalam kereta. Kenapa bagi dua hari sahaja? Bagilah 5 hari macam yang Datuk Seri Najib janji, kan lebih panjang masanya.

Tol yang patutnya mampu diberi percuma pada hari Raya akhirnya hanya dapat separuh sahaja. Padahal hutang zaman dahulu (Najib) dan sekarang adalah sama sahaja. Jadi, apa yang tidak kenanya sehingga rakyat terpaksa menerima situasi yang malap ini? Sampai tadah tin milo dari rakyat.

Lebih malang kepada peneroka FELDA, FELCRA dan RISDA. Tahun ini mereka tidak langsung dapat merasa nikmat bonus atau bantuan khas. BR1M pun belum tentu masuk bila. Entah entah ramai yang tidak dapat juga kali ini.

Tidak seperti jumlah RM800 yang Datuk Seri Najib janjikan. Sudah tentu mereka akan rindukan zaman Najib.

Semata-mata mahu ‘live’ World Cup, semua kakitangan kerajaan terpaksa ‘hilang’ RM100 daripada bonus mereka yang sepatutnya RM500.

Silap hari bulan, BR1M nanti pun akan dikurangkan lagi. Mana kita tahu, apapun boleh terjadi apabila kuasa di tangan Perdana Menteri PH ini.

Itu baru 21 hari, bayangkan kita nak hadapi kerajaan sebegini untuk 5 tahun akan datang? Apa agaknya yang rakyat bakal terima lagi selepas ini? Yang pasti hidup rakyat akan bertambah malap lagi selepas ini.

Kalaulah dulu majoriti pengundi pangkah BN dan Najib, pasti semua ini tidak akan berlaku. Jika Najib terus berkuasa, pasti hidup kita takkan malap dan suram begini.

Bonus kakitangan kerajaan pasti RM500 kepada semua dari JUSA hingga ke bawah. Pesara pasti akan dapat lebih banyak wang bonus. Tol percuma di semua highway selama 5 hari pada musim raya ini.

BR1M akan naik 2 kali ganda. JKKK tak kena pecat. JAKIM tidak diancam untuk dimansuh. UiTM tidak dicabar untuk dibuka pada bukan bumiputera. Tanah Felda juga tidak dicabar hendak diberi pada semua kaum.

Inilah bahananya bila hilang kuasa. Mahathir hari ini bukan Mahathir yang dulu. Mahathir hari ini sudah tersasul banyak kali di depan kamera. Hingga orang lain betulkan. Nampak sangat Mahathir betul betul dipergunakan oleh DAP dan sekutunya.

Tapi apakan daya. Nasi sudah menjadi bubur. Rakyat sudah terpengaruh dengan fitnah sehingga mereka pilih PH untuk berkuasa. Akhirnya apa mereka dapat? Hanya malap di sepanjang hari.

Nukilan :
Rakyat Yang Malap

4 Comments