Rosmah tiba di SPRM bantu siasatan SRC International
10:06 Jun 05, 2018  |  By SabahKini2
Rosmah tiba di SPRM bantu siasatan SRC International

Rosmah tiba pada jam 10.45 pagi dengan kereta Mercedes-Benz berwarna perak, sambil ditemani anak perempuannya, Nooryana Najwa dan menantu, Daniyar Kessikbayev serta 2 peguam, K Kumaraendran dan Geethan Ram Vincent.

PUTRAJAYA: Datin Seri Rosmah Mansor, isteri bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disoal siasat berhubung siasatan berkaitan 1MDB.

Rosmah tiba pada jam 10.45 pagi dengan kereta Mercedes-Benz berwarna perak, sambil ditemani anak perempuannya, Nooryana Najwa dan menantu, Daniyar Kessikbayev serta 2 peguam, K Kumaraendran dan Geethan Ram Vincent.

Rosmah berbaju kebaya biru kelihatan tenang dan sempat bersalaman dengan media yang tunggu di perkarangan ibu pejabat SPRM sejak 7 pagi tadi.

Difahamkan, Rosmah melantik satu lagi pasukan peguam untuk membantunya dalam siasatan SPRM hari ini.

Beliau dan Najib dipanggil memberi keterangan dalam siasatan ke atas SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB dan RM42 juta yang dimasukkan ke akaun bank peribadi Najib pada 2012.

Najib disoal SPRM mengenai SRC International sebanyak 2 kali, iaitu pada 22 dan 24 Mei lalu yang keseluruhannya mengambil masa lebih 11 jam.

Bekas menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB, menafikan sebarang salah laku berkaitan syarikat pelaburan itu.

Pada 26 Januari 2016, Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkan tiada sebarang kesalahan jenayah dilakukan Najib dalam kes melibatkan dana RM2.6 bilion dan SRC International.

SRC International yang ditubuhkan pada 2011, kini di bawah bidang kuasa Menteri Kewangan (Diperbadankan) yang turut memiliki 1MDB.- FMT

Comment