Takut kalah 19 Jun Shafie mohon batalkan saman Musa dan adakan Sidang Khas DUN 11 Jun
13:06 Jun 05, 2018  |  By SabahKini2
Takut kalah 19 Jun Shafie mohon batalkan saman Musa dan adakan Sidang Khas DUN 11 Jun

Musa angkat sumpah 10 Mei, Shafie 12 Mei. Sepatutnya Musa Aman bawa dalam Sidang Dun Khas bukan Shafie Apdal

KOTA KINABALU, 5 Mei- Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah memohon bagi membatalkan saman oleh pendahulunya Tan Sri Musa Aman atas alasan bahawa Musa tidak mempunyai sebab munasabah untuk mencabar pelantikannya sebagai ketua menteri pada 12 Mei.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Mohd Shafie berkata saman itu 'memalukan, sembrono, dan menyusahkan' dan salah guna proses mahkamah.

Beliau adalah defendan kedua dinamakan oleh Musa pada saman 17 Mei terhadap Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Juhar Mahiruddin.

Permohonan Mohd Shafie difailkan di mahkamah tinggi pada Isnin menerusi peguamnya Tetuan Lind Willie Wong & Chin; dan notis permohnan juga disampaikan kepada peguam Musa Tengku Fuad Ahmad.

Dalam afidavitnya bagi menyokong permohonan pembatalan saman itu, presiden Parti Warisan Sabah itu berkata adalah tidak dapat dipertikaikan bahawa beliau adalah 'Ketua Menteri Sabah' yang sah oleh kerana partinya dan rakan mereka PKR, DAP dan UPKO mempunyai majoriti jelas 35 anggota dewan negeri (Adun) berbanding Barisan Nasional (BN) Sabah dan STAR Sabah 25 Adun di dewan negeri 60 anggota...

Sebelum ini Tan Sri Musa Aman pada 10 Mei terlebih dahulu mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah sebelum Shafie angkat sumpah pada 12 Mei selepas mengumpul semua adun BN untuk berpaling tadah. Secara rasmi Musa Aman tidak pernah meletak jawatan sejak 10 Mei menunjukkan secara rasmi Musa masih sah sebagai Ketua Menteri. Mahkamah akan menentukan kes pada 19 Jun ini.

Sementara itu Shafie Apdal turut mengadakan persidangan khas pertama Dewan Undangan Negeri Sabah yang kelima belas pada 11 Jun 2018 bagi usul menyokong Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah tidak mahu menunggu keputusan mahkamah pada 19 Jun 2018. Sepatutnya Musa Aman Ketua Menteri Sabah yang sah mengadakan sidang DUN untuk usul undi tidak percaya.

Menjadi persoalan jika Shafie Apdal boleh membawa dalam Sidang Dun Khas 11 Jun 2018 mengapa pula Tan Sri Musa Aman sebagai Ketua Menteri Sabah yang pertama mengangkat sumpah tidak boleh mengadakan Sidang Dun Khas undi tidak percaya untuk beliau digugurkan secara sah dalam sidang dun.

25 Comments