Rizab Antarabangsa BNM menyusut di bawah Kerajaan Pakatan Harapan
19:06 Jun 07, 2018  |  By SabahKini2
Rizab Antarabangsa BNM menyusut di bawah Kerajaan Pakatan Harapan

Rizab antarabangsa BNM kali ini menyusut hampir USD 1 bilion atau RM3.9 bilion dalam tempoh sebulan selepas kerajaan Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum ke 14.

KUALA LUMPUR: Berita Harian melaporkan Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$108.5 bilion (RM431.2B) pada 31 Mei 2018.

Paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.6 bulan import tertangguh.

Bagaimanapun Rizab antarabangsa BNM kali ini menyusut hampir USD 1 bilion atau RM3.9 bilion dalam tempoh sebulan selepas kerajaan Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum ke 14.

22 Mei 2018 lalu Berita Harian melaporkan Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$109.4 bilion atau RM 434.4 Bilion sehingga 15 Mei 2018. Najib dan BN meninggalkan rezab BNM yang banyak namun Menteri Kewangan Lim Guan Eng menggunakan skrip manipulasi hutang negara sebagai alasan untuk tidak menunaikan manifesto 100 hari PH yang akhirnya memberi kesan kepada pasaran saham.

Ekonomi Malaysia nampaknya di ambang bahaya. Menurut MIDF Research Pelabur asing menjual dana ekuiti bernilai RM5.6 bilion daripada Bursa Malaysia sejak Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan pada 9 Mei lalu, sekali gus menjadikan Mei sebagai bulan tertinggi mencatat aliran keluar setakat tahun ini.

6 Comments