Benarkah Ahli Parlimen Sepanggar itu menggugut pegawai Kastam? Bukankah itu menghalang penjawat awam? mengapa perlu mendabik dada sebagai ahli Parlimen?
KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menahan barangan import buah-buahan dikatakan milik Ahli Parlimen Sepanggar.
Sumber dalaman kastam berkata kes berkenaan membabitkan penahanan kontena muatan buah-buahan tanpa permit sah.
Dalam satu mesej aplikasi whatapps yang tular menyatakan Datuk Azis Jamman Ahli Parlimen Sepanggar telah hadir ke pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia Kota Kinabalu untuk meminta barangannya dilepaskan oleh pihak kastam.
Bagaimanapun sikap buruk Ahli Parlimen itu ialah mengugut pegawai-pegawai kastam untuk dipindahkan kerja jika barangan ordernya tidak dilepaskan.
Dalam komen media sosial sikap biadap Ahli Parlimen Sepanggar menggunakan kuasa dengan mengugut pegawai kastam ini adalah perbuatan yang sangat buruk bagi seorang wakil rakyat. Netizen mengecam tindakan itu.
“Baharu sahaja warisan ni menang pilihanraya sudah tunjuk kuasa ini YB. Apa dia ingat dia boleh mengugut semua penjawat awam ikut arahan dia ke”.