Surat Kelulusan Warganegara PATI Tular risaukan rakyat Sabah
09:08 Aug 05, 2018  |  By SabahKini2
Surat Kelulusan Warganegara PATI Tular risaukan rakyat Sabah

Netizen Sabah bimbang belum 100 hari selepas pilihanraya ke 14 pelbagai perkara berlaku. Borang permohonan untuk membuat dokumen sah PATI, surat kelulusan warganegara dan dasar kerajaan baru beri permit kerja kepada PATI.

KOTA KINABALU – Tular di dalam media sosial surat kelulusan taraf kewarganegaraan Puan Irammang binti Maddah Rung yang ditandatangani oleh Dato’ Mohammad Razin Abdullah Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Malaysia bertarikh 4 Julai 2018 rujukan JPN:WN:163/3 (104)/(61)/SY08042.

Tinjauan Sabahkini2 dalam media sosial ramai mempersoalkan dasar kerajaan Warisan sekarang yang nampaknya banyak mempermudahkan permohonan warga asing menjadi warganegara Malaysia.

Netizen Sabah bimbang belum 100 hari selepas pilihanraya ke 14 pelbagai dokumen seperti permohonan untuk membuat dokumen sah PATI, surat kelulusan warganegara dan dasar kerajaan baru bakal memberi 1 juta permit kerja melalui PATI yang tinggal secara haram di Sabah sedang berlaku.

Seorang pengguna facebook Johny Majangkil tidak mahu menuduh sesiapa termasuk Parti Warisan tetapi mahukan kepastian.

“Bukan apa,cuma tertanya-tanya agaknya sudah berapa ramai yang mendapat kewarganegaraan seperti itu (surat kelulusan warganegara) di Sabah. Apa pendapat anda semua?.. katanya.

Seorang lagi Albert Foo menyindir sambil mengucapkan tahniah kepada PTI Sabah.

“Adakah ini benar? Jika benar saya ucapkan tahniah pada PTI di Sabah. Selamat datang pada yang baru memasuki Sabah dan pada yang sudah lama saya ucapkan tahniah selamat menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia.” katanya

Netizen berharap Ketua Pengarah Pendaftaran Negara menjelaskan perkara ini kepada rakyat Sabah.

Sebelum ini tular borang permohonan untuk membuat dokumen sah bagi PATI di Sabah yang turut merisaukan warga Sabah.

Lebih membimbangkan sejak 36 hari lalu sudah 5 kali kebakaran setinggan berlaku di Sabah.

Paling tidak menyenangkan netizen ialah apabila kerajaan Warisan serta merta cuba memberikan tanah dan rumah kepada mangsa kebakaran di Kg Darau Sepanggar yang mencetuskan demonstrasi dan protes kepada Ahli Parlimen Sepanggar.

Kehadiran bas Jabatan Pendaftaran Negara ke lokasi penempatan mangsa kebakaran setinggan turut mendapat reaksi negatif rakyat kerana mereka menganggap seperti ada satu usaha untuk memberikan dokumen baru kepada Pendatang Tanpa Izin (PTI).

 

 

 

48 Comments