Selepas Kg Darau di Sepanggar menentang penempatan mangsa kebakaran Setinggan kini penduduk Kg Boronuon pula menentang. Apa sudah jadi Kerajaan Warisan?
SEPANGGAR - Selepas Penduduk Kg Darau di Sepanggar menentang rancangan penempatan baru untuk membina rumah transit hampir 700 orang mangsa kebakaran Kampung Cenderamata 2 julai lalu kini penduduk kampung Boronuon membantah tanah di kampung mereka menjadi penempatan penduduk
[ ARTIKEL BERKAITAN:
Penempatan transit setinggan Likas, penduduk Kg Darau bantah Ahli Parlimen Sepanggar
Protes 'Darau Bantah' tolak Penempatan Setinggan Ahli Parlimen Sepanggar]
Seramai 250 orang dari Kampung Boronuon, Timbok, Telipok dan beberapa kampung berdekatan berkumpul membantah rancangan pengambilan tanah kampung mereka. Satu mesyuarat pada 17 ogos melalui satu surat diedarkan menentang cadangan Kerajaan Warisan itu.
Selepas Azis Jamman dikecam keras oleh penduduk Kg Darau kini kerajaan melakukan lagi di Kg Boronoun Jaya ini.
"Kami menolak cadangan itu habis-habisan. Tanah ini adalah tanah orang kampung kami. Penduduk kampung asal juga memerlukan tanah itu memandangkan penduduk kampung semakin meningkat”. kata jurucakap mereka, Azizah Kumin
Sebelum ini Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Sabah telah mencadangkan kepada kerajaan negeri beberapa kawasan tanah kerajaan dan tanah simpanan kerajaan untuk pertimbangan penempatan mangsa kebakaran Kampung Cenderamata Dua, Likas.
"Kawasan yang dicadangkan terletak di Kota Kinabalu yang berstatus tanah kerajaan dan tanah simpanan kerajaan yang masih tersedia dan tidak berpenghuni.
[ARTIKEL BERKAITAN: Shafie Apdal bakal luluskan tanah penempatan kekal di tanah kerajaan-JTU
Bagaimanapun tidak diketahui tanah mana yang diluluskan oleh Shafie Apdal itu. Apakah tanah Kg Boronoun di kawasan Sepanggar itu atau kawasan lain.
Adun Inanam YB Kenny Chua yang juga Pembantu Menteri Kewangan dikatakan tidak melayan bantahan penduduk. Beliau nampaknya akur dengan keputusan Kerajaan Warisan pimpinan Shafie Apdal untuk menjadikan tanah Kg Boronoun sebagai pusat penempatan setinggan terbakar Kg Cenderamata Likas baru-baru.
YB Kenny Chua Adun Inanam hanya mampu mengekor menteri perumahan tetapi rakyatnya tidak dibela malah tanah
penempatan setinggan PTI juga diberi
Lawata tetap lawan. Ini hasil kami undi 'Warisan'?